Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 167,000 oksimeter diedar pada hari pertama sesi edaran hingga 5 Ogos

Jul 06, 2021 | 09:25 PM



LEBIH 167,000 oksimeter sudah diperolehi warga Singapura pada Isnin (5 Julai), hari pertama dalam latihan sebulan mendapatkan alat percuma tersebut. 



Yayasan Temasek yang memberikan alat memeriksa paras oksigen dalam darah itu memberikan maklumat terkini pada Selasa (6 Julai).



Sesi mendapatkan oksimeter itu berjalan hingga 5 Ogos dengan penduduk boleh mendapatkan alat masing-masing di lebih 300 cawangan pasar raya FairPrice, Sheng Siong, Giant, Cold Storage serta farmasi Watsons, Unity dan Guardian.



Risalah dikirimkan ke peti surat setiap isi rumah antara 28 Jun hingga 3 Julai bagi membolehkan setiap unit menerima satu oksimeter.



Namun, beberapa penduduk tersilap membuang risalah itu lantas tidak dibenarkan mengambil oksimeter mereka pada Isnin tanpa risalah itu.



Apabila ditanya sama ada terdapat huraian bagi golongan ini, Yayasan Temasek menekankan ia tidak dapat mengirimkan risalah baru kepada golongan ini.



Penduduk digalakkan agar menyimpan risalah itu di tempat yang selamat kerana proses mendapatkan oksimeter itu memerlukan mereka memberikan risalah tersebut yang disertakan dengan pelekat mendapatkan oksimeter di pasar raya atau farmasi yang terlibat dalam program ini.



Gambar atau salinan risalah ini tidak diterima.



Penduduk yang sudah menerima oksimeter mereka atau tidak memerlukannya boleh memberikan risalah mereka kepada orang lain, tambah Yayasan Temasek.



Mereka yang tidak menerima sebarang risalah boleh hubungi talian hotline oksimeter di 1800-738-2000 atau e-mel kepada oximeter@temasekfoundation.org.sg



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >