Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 18,000 pasangan raih manfaat ‘Bersamamu’

Oct 09, 2022 | 05:59 PM



Lebih 18,000 pasangan Muslim telah meraih manfaat daripada program ‘Bersamamu’, yang menawarkan bimbingan oleh Naib Kadi kepada pasangan sebelum dan hingga dua tahun pernikahan, sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu.


Menyifatkannya sebagai satu program baik yang bertujuan memperkukuh perkahwinan, Presiden Halimah Yacob berkata program itu juga disokong pelbagai agensi termasuk M3, Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), masjid serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).


Tambahnya, ini telah mewujudkan satu ekosistem yang dapat memberi sokongan kepada keluarga dan pasangan muda.


“Saya rasa jika kita mahu melihat keluarga yang kukuh, kita perlu (memastikan) bahawa perkahwinan juga kukuh.


“Kita perlu adakan keluarga yang kukuh kerana kita mahu membentuk anak-anak dalam keadaan yang stabil dan keadaan yang dapat memberikan mereka pendidikan yang baik,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada media semasa berkunjung ke Masjid Darul Ghufran, salah satu masjid yang menyokong program Bersamamu, di Tampines pada Ahad (9 Oktober).


Program Bersamamu merupakan antara inisiatif di bawah Bidang Tumpuan 1 (FA1) M3– iaitu untuk menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak – yang diterajui Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.


Puan Halimah yang disertai Dr Faishal dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, turut bertemu dengan beberapa pasangan yang telah melalui program itu serta pasangan bakal bernikah yang baru mengikuti program itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >