Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 20,000 flat HDB dibina pada 2022, jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu

HDB
Jan 21, 2023 | 03:20 PM



LEBIH 200,000 flat HDB selesai dibina pada 2022, bilangan tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu.


Ini adalah sekitar peningkatan 50 peratus daripada bilangan rumah pangsa yang siap pada 2021, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Jumaat (20 Jan).


Angka yang rendah pada 2021 adalah disebabkan gangguan semasa pandemik Covid-19, yang telah menyebabkan kelewatan dalam beberapa projek.


Flat-flat baru itu merupakan sebahagian 22 projek perumahan.

Terdapat juga lebih daripada 17,100 set kunci yang diberi kepada pembeli flat pada 2022 –  15 peratus lebih banyak daripada pada 2021.


Ketua Eksekutif HDB, Encik Tan Meng Dui, berkata industri pembinaan telah menyaksikan pemulihan yang stabil sejak awal 2022, berikutan gangguan daripada pandemik Covid-19.


“Namun, tidak seperti industri lain yang mungkin telah pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik, masa diperlukan untuk menyelesaikan kelewatan pembinaan BTO, dan kami terus menggandakan usaha ini.


“Memandangkan momentum positif 2022, kami menyasarkan untuk menyiapkan 20,000 lagi flat merentasi 22 projek perumahan pada 2023, dan menjangkakan untuk menyelesaikan tunggakan projek yang terjejas akibat pandemik dalam masa sekitar dua tahun,” katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >