Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Lebih 200,000 pengunjung ke bazar Geylang pada minggu pertama

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



SEJAK pembukaan Bazar Raya Geylang Serai pada 17 Mac, lebih 200,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat telah datang untuk menikmati juadah dan membeli-belah.



Demikian kenyataan oleh Wisma Geylang Serai (WGS) pada Jumaat dalam satu perkembangan sejak pembukaan bazar Raya seminggu lalu.



Tinjauan Berita Harian (BH) semasa berkunjung ke bazar itu pada Jumaat menunjukkan bahawa selain masyarakat Melayu, terdapat juga ramai pengunjung berbangsa lain yang datang dan membeli-belah di bazar tersebut sambil menikmati keindahan penyalaan lampu di Geylang Serai.



Menurut WGS, sekitar 40 peratus bilangan pengunjung yang datang bukan berbangsa Melayu.



"Walaupun hanya seminggu bazar telah dibuka, saya amat berbangga dengan sambutan yang menggalakkan daripada lebih 200,000 pengunjung yang datang ke Bazar Raya Geylang Serai.



"Ini menunjukkan bahawa ramai ghairah untuk menikmati suasana bazar di Geylang Serai ini," kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) yang juga Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semasa lawatannya ke bazar untuk beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga.



Kunjungan wartawan BH di bazar itu mendapati ramai anak-anak muda dan keluarga yang datang untuk menikmati suasana bazar Raya sambil beratur panjang untuk membeli makanan buat juadah buka puasa.



Selain daripada penjual berpengalaman yang menjual makanan kegemaran ramai seperti gerai menjual vadai, burger ramly dan kebab, terdapat juga ramai usahawan muda seperti Wildebeauty, Mana Baju dan The Straits Teppanyaki yang telah juga melibatkan perniagaan mereka sebagai sebahagian daripada bazar Raya.



Bagi Cik Sumaiya Qistina Mohamed Harris, 18 tahun, yang datang bersama tiga rakan sekolahnya, beliau berasa sangat gembira dapat menikmati suasana bazar yang rancak dan pilihan yang menarik.



"Saya rasa bazar tahun ini amat happening kerana walaupun sekarang 4.35 petang, tapi bazar sudah sesak dengan kedatangan ramai pengunjung dan saya rasa sebentar nanti akan menjadi lebih sesak dan happening lagi.



"Saya dan rakan-rakan saya datang kerana kami tertarik dengan kepelbagaian genre gerai makanan yang telah disediakan. Bukan sahaja makanan Melayu, malah makanan bangsa lain juga dapat kami rasakan di bazar ini," tambahnya.



Selain Cik Sumaiya, seorang lagi pengunjung, Encik Muhammad Syahmi Senin, 35 tahun, juga berasa gembira dapat berjalan-jalan bersama isterinya di bazar untuk membeli juadah buka puasa.



"Memang seronok dapat datang bazar. Sudah lama tak datang. Banyak pilihan di sini, walaupun kebanyakan makanan di sini memang untuk anak-anak muda. Bagi saya, saya lebih suka makanan-makanan lama. Jadi, saya beli sate dan air-air manis sahaja," katanya.



Bazar yang berlangsung hingga 21 April itu beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 11.59 malam. Untuk memudahkan para pengunjung yang ingin membuat persiapan akhir buat perayaan Hari Raya Aidilfitri, waktu operasi bazar pada malam Hari Raya akan dilanjutkan hingga 6 pagi keesokan hari.



Pengunjung yang datang ke Bazar Raya Geylang Serai juga dapat berbuka puasa sambil menjalin hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di beberapa ruang makan khas.



Meskipun bilangan pengunjung buat minggu pertama amat memberangsangkan, WGS menjangkakan jumlah pengunjung akan meningkat lebih tinggi memandangkan Ramadan telah bermula dan masyarakat Melayu/Islam semakin sibuk membuat persiapan buka puasa dan Hari Raya kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >