LEBIH 210,000 orang daripada masyarakat Melayu/Islam telah meraih manfaat menerusi kempen Dadah Itu Haram sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.
Menyifatkan kempen ini sebagai sudah sampai ke "tahap matang" dan diiringi sambutan yang memberangsangkan, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, berkata usaha melawan dadah akan terus dirancakkan lagi dengan lebih banyak inisiatif masyarakat (ground-up) yang bakal dijalankan dalam bulan-bulan akan datang.