Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 22,000 hadiri Rumah Terbuka Istana terakhir Presiden Halimah

Jul 23, 2023 | 08:07 PM



Seramai 22,512 pengunjung menghadiri acara Rumah Terbuka di Istana pada Ahad, yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Jumlah pengunjung itu merupakan yang tertinggi dicatat selepas acara Rumah Terbuka diadakan semula pada 13 Mei 2021.

Acara tersebut telah dihentikan pada Februari 2020, apabila perkarangan Istana ditutup kepada awam kerana Covid-19.

Rumah Terbuka Istana pada Ahad juga adalah yang terakhir diadakan oleh Presiden Halimah Yacob, sebelum penggal perkhidmatannya sebagai presiden tamat pada September nanti.

Menemani Puan Halimah di acara itu ialah suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee.

Ia turut dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang, Encik Edwin Tong.

Semasa rumah terbuka itu, pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan pancaragam, tarian dan dikir barat oleh murid-murid sekolah dan peserta lain.

Antara yang membuat persembahan ialah murid-murid dari Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Sekolah Rendah Damai dan Sekolah Rendah New Town.

Sebilangan pengunjung turut menyertai lawatan berpandu di Bangunan Utama Istana, yang membolehkan mereka melihat bilik-bilik di Istana dengan lebih dekat termasuk koleksi hadiah yang diberikan kepada pemimpin Singapura.

Selain itu, pengunjung juga melawat Taman Jepun, Taman Inklusif dan Kolam Angsa, yang dipertingkat dan dilancarkan Puan Halimah pada awal April.

Terdapat reruai makanan dan minuman disediakan, selain reruai yang menjual cenderamata Istana dan Cabaran Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >