Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 3 tahun penjara buat lelaki tipu 68 mangsa sebanyak $383,000


Oct 25, 2023 | 06:05 PM



Lelaki di sebalik salah satu penipuan sewa terbesar Singapura yang masih menipu orang ramai semasa diikat jamin, dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan tujuh bulan pada Rabu.

Gibson Zeng Xianfu, 29 tahun, menipu 68 mangsa dari sekurang-kurangnya 12 negara termasuk Singapura, berjumlah lebih $380,000.

Zeng, yang kini ditahan reman, sebelum ini mengaku salah atas 23 tuduhan menipu, dengan 39 tuduhan serupa diambil kira semasa dijatuhi hukuman.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Wong Shiau Yin memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa antara 2018 dengan 2020, Zeng adalah seorang eksekutif jualan di Singapore Housing Company, syarikat yang memberi khidmat khusus dalam bidang penyewaan. Pekerjaannya adalah untuk mengambil gambar unit rumah sewa dan mengurus klien untuk melihat unit rumah sewa itu.

Selepas meninggalkan pekerjaannya, Zeng memuat naik beberapa gambar tersebut melalui wadah Airbnb walaupun dia tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk menyewakan apartmen tersebut.

Beliau meningkatkan kesahihan dengan menyediakan perjanjian penyewaan palsu buat mangsanya, kata DPP Wong.

Pada 20 Januari 2022, tiga warga Perancis setuju untuk menyewa sebuah unit selama tiga bulan di Singapura yang Zeng iklankan di Airbnb. Mereka membayar deposit sebanyak $9,600 kepada Zeng.

Namun, pada tarikh pemindahan yang dipersetujui pada 5 Februari, Zeng memberitahu mereka bahawa unit itu tidak tersedia kerana penyewa sebelum itu telah dijangkiti Covid-19. Dia menawarkan tarikh pemindahan lain, tetapi tidak dapat dihubungi selepas itu.

Zeng kali pertama ditahan pada 10 Februari dan dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama. Tetapi dia terus menipu lebih ramai orang.

Dia ditahan lagi pada 20 Julai 2022, dan didakwa di mahkamah pada keesokan hari. Dia ditahan reman selama seminggu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Semasa diikat jamin, dia menipu enam lagi mangsa antara 2 dan 28 Ogos 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >