Lebih $342,500 dikumpul bagi bantu pelarian Syria

MASYARAKAT Muslim Singapura memberi sumbangan $342,569 bagi membantu pelarian Syria di kem pelarian dan tempat tinggal lain di Jordan dan Lebanon, kata Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) dalam kenyataannya, semalam.

Sejumlah AS$100,000 ($140,000) akan digunakan bagi membekal gas kepada pelarian Syria di kem Al-Azraq di Jordan, untuk membantu mereka "menghangatkan badan, kekal selamat dan membolehkan mereka menjalankan keperluan hidup harian bagi mengatasi musim sejuk", kata RLAF.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan