Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 40% laluan RTS Johor-S'pura siap dibina

Iswaran: Upaya tampung hingga 10,000 penumpang setiap jam apabila mula beroperasi
Mar 25, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 40 peratus daripada Laluan Sistem Transit Laju (RTS) sudah siap dibina. Justeru, ia berada di landasan baik untuk diselesaikan menjelang hujung 2026.



Demikian dinyatakan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, selepas satu acara di tapak pembinaan Laluan RTS di Admiralty Road West pada Jumaat.



Acara tersebut diadakan susulan penyelesaian pemasangan penutup cerucuk yang menjadi asas bagi tiang dan jejambat.



Encik Iswaran berkata: "Kami berada di landasan baik untuk mencapai matlamat penyelesaian supaya sistem (RTS) dapat beroperasi menjelang hujung 2026 dan ini yang diusahakan kedua-dua pihak."



Encik Iswaran turut menjelaskan projek Laluan RTS akan meningkatkan hubungan antara Johor dan Singapura.



Ini setelah apabila ia beroperasi kelak, ia berupaya menampung sehingga 10,000 penumpang setiap jam.



"Di Singapura, penumpang juga boleh menghubungkan ke laluan Thomson-East Coast (TEL) dengan menaiki MRT dari Stesen Woodlands North.



"Tetapi lebih dari itu, ia akan mempromosikan keterkaitan antara insan dan ekonomi (antara kedua-dua pihak)," jelas beliau.



Dalam satu kenyataan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), penutup cerucuk - termasuk 161 cerucuk - berfungsi sebagai asas jejambat bagi Laluan RTS bagi bahagian Singapura.



Ia juga menambah, garis pusat setiap cerucuk adalah dua meter dan dipasang pada kedalaman purata 30 meter bawah paras laut.



Setelah dipasang pada kedalaman yang diperlukan, setiap cerucuk diisi dengan konkrit sebelum penutup cerucuk dituang ke atasnya.



Sebanyak 12 penutup cerucuk akan dipasang untuk membentuk asas tiang yang menyokong struktur jejambat rel di darat dan di laut - acara pada Jumaat merupakan penutup cerucuk kelima daripada 12.



Encik Iswaran berkata pembinaan 12 penutup cerucuk itu dijangka siap pada suku pertama 2024.



LTA menjelaskan setelah semua tambangan sudah siap, pelancaran segmen jejambat akan dimulakan. Di sebelah Singapura, jejambat sepanjang 730 meter akan terdiri daripada 207 segmen, dengan panjang setiap segmen antara 50 meter dan 110 meter.



Di tengah-tengah Selat Johor, ketinggian jejambat akan berada 25 meter di atas paras air.



Di kala jejambat menghampiri daerah Singapura, ketinggian akan direndahkan secara beransur-ansur agar ia terhubung kepada terowong bawah tanah yang menghubungkan stesen bawah tanah Laluan RTS Woodlands North.



Dalam pada itu, apabila khidmat rel ulang-alik sepanjang empat kilometer itu mula beroperasi, penumpang boleh membuat perjalanan dari Stesen Woodlands North ke Bukit Chagar di Johor Bahru atau ke arah sebaliknya, dalam jangka masa lima minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >