Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,200 pelajar raih manfaat pusat jagaan kendalian badan bantu diri

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 4,200 pelajar telah mendapatkan khidmat penjagaan selepas sekolah menerusi pusat jagaan pelajar (SCC) di sekolah rendah yang dikendalikan Badan-Badan Bantu Diri (SHG) Singapura.



Demikian didedahkan pengerusi firma Self Help Groups Student Care Limited (SHGSCL) yang juga Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.



Beliau berkata demikian semasa acara pembukaan Pusat Jagaan Pelajar Big Heart yang ke-30 di Sekolah Rendah Zhangde petang semalam.



Pusat itu dikendalikan SHGSCL yang merupakan sebuah kerjasama Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Yayasan Mendaki, Persatuan Serani (EA) dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).



Firma itu ditubuhkan di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani empat SHG itu bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dengan matlamat untuk menyediakan 30 SCC di dalam premis sekolah yang terbuka kepada pelajar daripada berbilang bangsa.



Ia bertujuan membolehkan pihak sekolah menyokong pembangunan holistik pelajar terutama bagi mereka yang kurang bernasib baik.



Cik Low berkata daripada golongan pelajar yang menerima perkhidmatan jagaan pelajar selepas sekolah itu, lebih 35 peratus menerima bantuan yuran daripada skim Bantuan Kewangan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA) oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.



“Golongan tersebut (yang menerima bantuan sedemikian) merupakan sasaran empat badan bantu diri sejak kami berganding bahu dengan sebuah misi untuk memberi bantuan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.



“Perkhidmatan ini menawarkan sekitaran yang selamat serta memperkasa pembangunan mereka dan ia dapat memberi kelegaan kepada ibu bapa,” kata Cik Low.



Cik Low menghadiri acara tersebut bersama Menteri Pengangkutan dan Pengerusi CDAC, Encik Ong Ye Kung; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga yang juga Pengerusi Mendaki, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran yang juga mewakili bangsa Serani; dan Pemegang Amanah Sinda; Dr N.Varaprasad.



Cik Low menambah sejak pusat jagaan tersebut dilancarkan lima tahun lalu, pihak SHG sedar akan kepentingan menerima pekhidmatan pusat jagaan pelajar selepas sekolah.



“Ia bukan sesuatu (perkhidmatan) yang difikirkan kemudian. Bahkan ia satu kemudahan yang membawa banyak manfaat demi memperluas pembangunan kanak-kanak,” tambahnya.



Sehubungan itu, Encik Masagos menggesa ibu bapa yang ingin mendapatkan khidmat itu supaya tidak teragak-agak menempatkan anak mereka di pusat jagaan tersebut serta meraih manfaat daripada programnya yang memperluas daya pemikiran murid.



“Anak-anak yang habis sekolah sebaiknya dijaga dengan rapi. Tapi kadang-kadang ibu bapa tidak dapat menjaga mereka.



“(Di pusat jagaan itu) banyak sekali program-program yang dijalankan termasuk yang memperkayakan minda mereka dalam mata pelajaran tertentu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >