Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 437,000 raih manfaat dari Pusat Relawan SG Cares

Kempen galak rakyat sertai kerja sukarela demi bina masyarakat inklusif dan saling timbang rasa
May 31, 2023 | 07:02 PM



SEKITAR 437,000 orang telah meraih manfaat daripada Pusat Relawan SG Cares sejak pusat pertama pergerakan senegara bagi menggalak orang ramai menabur bakti sebagai relawan itu ditubuhkan pada 2018, kata Presiden Halimah Yacob pada Rabu.

Pusat Relawan SG Cares yang disediakan di setiap 24 bandar setempat di sini memainkan peranan dalam menyelaras sumber dan keupayaan agar dapat menawarkan sokongan sukarela yang berkesan di sini.

Puan Halimah berkata pusat relawan tersebut membangunkan lebih 3,000 usaha kerjasama dengan pelbagai rakan masyarakat bagi memadankan relawan dan sumber kepada keperluan masyarakat semasa.

Beliau menggesa agar lebih ramai orang tampil sebagai relawan di sini, katanya semasa berucap di majlis pelancaran kempen sukarela #GiveAsOneSg di Kelab Masyarakat Chua Chu Kang pada Rabu.

Puan Halimah berkata: “Kerja sukarela berupaya menyatupadukan orang ramai dan memperkukuhkan perpaduan antara rakyat.

“Ia adalah tanggungjawab secara kolektif untuk membentuk kompak dan membina Singapura di mana kita mempunyai sikap bertimbang rasa terhadap satu sama lain,” tegasnya.

Kempen #GiveAsOneSG adalah salah satu daripada dua inisiatif mendekati masyarakat yang merupakan sebahagian program Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023 yang dianjur Jawatankuasa Eksekutif (Exco) NDP 2023.

Ia bermatlamat menggalak orang ramai menyertai kerja sukarela dan menegaskan semula komitmen rakyat agar berbakti semula kepada masyarakat menerusi kegiatan kemasyarakatan.

Di bawah kempen itu, Exco NDP 2023 telah bekerjasama dengan Pergerakan SG Cares, Persatuan Palang Merah Singapura dan pergerakan rakyat GoodHood.Sg bagi tawarkan pelbagai kegiatan sukarela kepada orang ramai.

Peluang kerja sukarela di bawah kempen boleh disertai menerusi aplikasi SG Cares.

Menerusi Pusat Relawan SG Cares, rangkaian itu telah mendekati lebih 64,000 relawan, dengan lebih 16,000 daripada mereka melakukan kerja sukarela secara kerap.

Pusat relawan itu juga memainkan peranan dalam melengkapkan relawan dengan kemahiran yang relevan bagi menawarkan khidmat kepada masyarakat.

“Apabila kami lakukan kerja sukarela, kami menyertai sesuatu yang melebihi diri kami sendiri,” kata Puan Halimah.

“(Dengan menjadi seorang relawan) Kita dapat bertemu dengan orang lain yang menghadapi keadaan hidup berbeza, mula menghargai kepelbagaian dalam masyarakat; dan memahami peranan penting yang dapat dimainkan agar kejiranan dapat menjadi lebih selamat, lebih teguh dan ceria.”

Pengerusi Exco NDP 2023, Kolonel Terence Ho – yang turut hadir semasa acara itu – berkata, selaras tema NDP 2023 iaitu “Majulah Bersatu”, ia menyentuh tentang kepentingan nilai inklusif dan semangat padu.

“Menerusi #GiveAsOneSG, kami harap dapat menggalak warga Singapura menyertai kerja sukarela. Sebab apabila kami berbuat demikian... kami dapat membina masyarakat yang prihatin, baik dan saling bertimbang rasa,” katanya.

Selain kempen #GiveAsOneSG, satu lagi kempen bagi memupuk semangat dan identiti terhadap negara turut dilancar Exco NDP 2023, dipanggil #UniteAsOneSG.

Kempen itu yang bekerjasama dengan ActiveSG dan rakan masyarakat dan korporat lain bermatlamat menggalak warga Singapura pelajari lebih tentang Singapura menerusi kegiatan fizikal dan digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >