Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 60% projek BTO tertangguh sudah siap

Desmond: Baki projek yang tertangguh dijangka siap sekitar dua tahun
Apr 19, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 50 projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh telah disiapkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menjelang hujung Mac 2023.



Jumlah itu membentuk sekitar 63 peratus projek BTO yang tertangguh.



Demikian menurut perangkaan yang dikongsi Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dalam satu pos di Facebook beliau pada Selasa.



Beliau mengulas mengenai penyelesaian projek BTO Marsiling Grove, yang terjejas dan tertangguh apabila kontraktor utamanya sebelum ini, Greatearth, jatuh muflis.



"Ia tidak mudah, tetapi dengan usaha padu daripada rakan kongsi HDB dan kontraktor, kami dapat siapkan projek itu mengikut garis masa yang ditetapkan tanpa menjejaskan aspek keselamatan dan mutu," ujar Encik Lee.



Projek terakhir Greatearth, iaitu West Coast Parkview, berada di landasan baik dan dijangka siap pada suku ketiga 2023.



Encik Lee menambah Mac adalah bulan sibuk bagi pembinaan BTO apabila HDB menyiapkan tujuh projek, paling banyak dalam satu bulan sejak 2017.



"(Pada Mac) HDB menyelesaikan Keat Hong Verge, yang mempunyai masa menunggu sekitar dua tahun.



"Ini adalah projek BTO pertama kami tanpa sebarang kelewatan sejak tempoh pemutus rantaian (jangkitan Covid-19)," ujar beliau.



Encik Lee berkata baki projek BTO yang tertangguh dijangka siap dalam sekitar dua tahun.



Awal dari ini, HDB mengumumkan dalam satu kenyataan media pada Mac ia akan membayar balik anggaran $5.1 juta kepada 896 pembeli unit projek BTO Waterway Sunrise II setelah persiapannya tertangguh lebih setahun.



Pembeli unit yang telah membuat tempahan selewat-lewatnya pada Oktober 2021 akan menerima pampasan anggaran $1,000 hingga $10,500, dengan isi rumah menerima purata $5,750.



Projek BTO itu dilancarkan pada Februari 2017 dan dijangka selesai pada pertengahan 2021, dengan Tarikh Penyerahan Pemilikan (DPD) antara Mac dengan Jun 2022.



DPD adalah tarikh kontrak terikat pada undang-undang yang mana HDB perlu menyerahkan unit di bawah Perjanjian Pajakan.



Oleh kerana DPD tidak dapat ditepati, HDB akan memberi pampasan kepada pembeli unit yang layak.



HDB menambah bahawa pembeli unit akan menerima bayaran balik dalam dua bulan selepas membeli flat dan menerima penyelesaian perjanjian - ia menyatakan jumlah tepat bagi bayaran balik yang layak diterima oleh pembeli unit, berdasarkan tempoh kelewatan sebenar dan harga jualan flat yang ditempah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >