Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 600 bayi raih manfaat daripada satu-satunya bank derma susu badan di Singapura

Nov 08, 2018 | 03:22 PM



SEBUAH bank derma susu badan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH), yang telah menerima lebih 400 penderma sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu, telah membantu lebih 600 bayi yang ibu mereka tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk mereka.



Susu badan yang dikumpulkan oleh bank itu - satu-satunya di Singapura - juga telah menyebabkan penurunan dalam penyakit usus rosak (necrotising enterocolitis), penyakit serius yang menjadi punca utama kematian di kalangan bayi pramatang.



Sebelum bank itu dimulakan, 5.8 peratus daripada sekitar 200 bayi mengalami penyakit itu. 



Namun bilangan itu telah turun ke 1.8 peratus sekarang, kata KKH hari ini (8 November).



Sebelum ini, bayi-bayi tersebut diberi susu formula, yang boleh menyebabkan tak toleran makan pada bayi pramatang dan sakit, dan membuat mereka berisiko menghidap necrotising enterocolitis.



Susu badan mengandungi enzim yang membantu dalam penghadaman, nutrien, faktor pertumbuhan, hormon dan antibodi pelindung. Ia mengurangkan risiko penyakit dan menggalak perkembangan dan pertumbuhan normal bayi.



Ibu bayi pramatang boleh mengalami kesukaran dalam memberi susu badan, terutama pada hari-hari pertama, atas pelbagai alasan.



Tahun lalu, sekitar 10 peratus kelahiran hidup, atau 3,962 bayi, di sini dilahirkan pramatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >