Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JELAJAH DUNIA BWF

Lebih 6,000 penonton akan hadiri acara badminton bertaraf dunia di SG

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



PEMAIN-PEMAIN badminton terbaik di dunia akan bersaing sekali lagi di Acara Badminton Singapura Terbuka 2022 (SBO) dari 12 hingga 17 Julai di Stadium Tertutup Singapura (SIS).



Acara tersebut sebahagian daripada HSBC Kejohanan Super 500 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang dihentikan selama dua tahun akibat wabak Covid-19.



Menurut Persatuan Badminton Singapura, lebih daripada 6,000 penonton akan hadir di SIS untuk acara SBO 2022.



Kembalian acara ini sangat dinantikan sehingga tiket musim dan tiket untuk pusingan separuh akhir dan akhir sudah habis dijual seawal dua minggu lalu. Oleh demikian, lebih banyak tiket telah dijual untuk acara tahun ini .



Sekitar 20 pemain badminton terbaik di dunia akan bersaing di Singapura untuk jumlah hadiah wang sebanyak US$370,000 ($520,000).



Ini termasuk juara bertahan dari Singapura, Encik Loh Kean Yew. Beliau memenangi gelaran itu di Kejohanan Dunia BWF pada Disember lalu.



Jalan untuk Encik Loh telah dipermudahkan kerana pemain badminton terbaik di dunia dari Denmark, Encik Viktor Axelsen dan pemain ketiga terbaik Encik Anders Antonsen tidak akan menyertai acara SBO 2022.



Namun, Encik Loh tetap harus bersaing dengan beberapa pemain badminton hebat, termasuk Encik Jonatan Christie dari Indonesia.



Encik Christie adalah pemain badminton kelapan terbaik di dunia dan tidak pernah kalah apabila menentang Encik Loh. Encik Christie dan Encik Loh adalah pilihan kegemaran untuk bersaing di pusingan akhir.



Encik Loh berkata: "Tekanan bermain di hadapan penonton tempatan akan sentiasa ada. Tetapi saya telah belajar bagaimana untuk mengatasinya sejak menjadi juara dunia. Saya cuba mengawal emosi saya di gelanggang kerana berperasaan marah tidak akan membantu saya."



Beliau berazam menjadi juara lelaki tempatan yang pertama untuk acara badminton perseorangan semenjak Encik Wee Choon Seng pada 1962.



Encik Christie pula berkata sewaktu sidang media yang diadakan pada 11 Jul, yang keyakinan Encik Loh pasti meningkat selepas menjadi juara dunia dan kerana ada sokongan kuat dari rakyat Singapura.



Tiket untuk menikmati pemain-pemain-pemain hebat yang lain seperti pemain keempat terbaik Encik Chou Tian Chen dari Taiwan dan pemain badminton wanita Cik Tai Tzu Ying, masih boleh dibeli pada harga $5 untuk kanak-kanak dan $30 untuk dewasa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >