Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 7,000 belia boleh raih manfaat dari program kerjaya NYC

Feb 14, 2023 | 05:30 AM



SEKITAR 7,000 belia dari sekolah menengah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik dijangka meraih manfaat daripada Program Bimbingan Kerjaya Pendidikan (ECG) yang dianjurkan oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) tahun ini, kata NYC dalam satu kenyataan pada Isnin.



Sabtu lepas, lebih 120 belia hadiri bengkel 'Healthy World Connections' atau Perkaitan Dunia Sihat anjuran NYC.



Peserta berpeluang mempelajari lebih 20 kerjaya penjagaan kesihatan mengenai pelbagai peranan pekerjaan yang terdapat dalam sektor ini.



Program yang dianjurkan bersama MOH Holdings (MOHH) itu memberi peluang kepada belia berinteraksi dengan juru X-Ray, ahli farmasi, jururawat, ahli terapi pernafasan, pekerja sosial perubatan, dan lain-lain lagi, untuk mengetahui lebih lanjut tentang laluan pendidikan, kemajuan kerjaya dan struktur kerja dan kehidupan untuk meneruskan kerjaya tersebut.



Sesi itu termasuk bengkel tip temuduga.



Bengkel Healthy World Connections antara beberapa program ECG yang dianjurkan oleh NYC.



NYC bekerjasama dengan rakan-rakan seperti The Astronaut Collective (TAC) dan Bold at Work (BAW) untuk menggalakkan penerokaan kerjaya dan pendidikan dalam kalangan belia untuk membantu mereka agar lebih yakin dalam meneruskan kerjaya yang sesuai dengan aspirasi hidup mereka.



Dalam beberapa tinjauan NYC, hampir dua dalam lima belia menyatakan keinginan untuk mempunyai minda lebih terbuka dan fleksibel dalam mengambil peluang-peluang kerjaya yang berbeza.



Namun mereka mungkin tidak tahu cara untuk mencari peluang ini dengan sendiri.



Kadar belia yang sama menunjukkan bahawa mereka tidak mengetahui mengenai laluan kerjaya mereka dan inginkan bimbingan kerjaya lebih baik, bimbingan dari mentor, dan sokongan semasa peralihan sekolah ke tempat kerja mereka.



Encik David Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, menyatakan pihak NYC telah meningkatkan tawaran pendidikan dan bimbingan kerjaya mereka untuk memastikan semua belia mempunyai sokongan yang boleh diakses agar lebih yakin dalam mencapai aspirasi kerjaya mereka.



"Kami akan memperluaskan lagi program ini untuk melibatkan ITE dan politeknik pada akhir 2023.



"Kami juga memanfaatkan rangkaian rakan kongsi dan kepakaran kami untuk mereka bentuk sesi penglibatan kerjaya inovatif untuk menggalakkan perancangan kerjaya di setiap peringkat pendidikan,"kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >