Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 80 blok HDB di Jurong, Yishun akan dipasang sistem tuai air hujan

Mar 29, 2022 | 05:30 AM



MULAI 2027, lebih 80 blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Jurong dan Yishun akan dapat menjimatkan lebih banyak air dengan sistem penuaian air hujan yang dipasang di estet-estet tersebut.



Ini kali pertama estet perumahan sedia ada akan mempunyai kemudahan penuaian air hujan, di bawah daya usaha Sistem Penuaian UrbanWater HDB, yang telah dipasang di estet perumahan Bina Ikut Tempahan (BTO) baru sejak 2018.



HDB menganggarkan sekitar 15 Sistem Penuaian UrbanWater akan dipasang di 89 blok di kedua-dua bandar itu, dan air hujan yang dikumpul boleh digunakan untuk mencuci kawasan umum dan menyiram pokok di estet-estet tersebut, antara kegunaan bukan untuk diminum lain.



Sistem-sistem itu berpotensi menjimatkan sekitar 17,500 meter padu air setahun, yang bersamaan dengan jumlah purata air yang boleh diminum yang digunakan di lebih 85 flat HDB empat bilik dalam setahun.



Selain menjimatkan air, air hujan yang dikumpulkan oleh sistem itu boleh mengurangkan banjir kilat di kawasan kejiranan dan estet semasa hujan lebat kerana ia memperlahan kadar pelepasan air hujan ke dalam sistem perparitan.



HDB membuka tender semalam untuk pemasangan sistem di kedua-dua bandar itu.



Tender akan ditutup pada 20 Mei, dan pembinaan sistem itu dijangka bermula tahun depan dan selesai pada 2027.



Dalam setiap kemudahan penuaian, aliran air hujan di sekitar beberapa blok kediaman akan dilepaskan ke dalam sistem saliran sekitar estet, dan kemudian disalurkan ke dalam tangki penuaian dan penahanan kemudahan itu.



Air yang dikumpul dari satu sistem boleh memenuhi keperluan air yang tidak boleh diminum bagi 12 blok kediaman dan air yang digunakan semula boleh menjimatkan sehingga 50 peratus air di blok-blok tersebut.



Sistem itu telah digabungkan dalam projek BTO baru seperti Punggol Northshore Residences dan bandar Tengah.



Projek di Jurong dan Yishun itu akan dianggap sebagai perintis memandangkan pemasangan sistem itu dalam estet sedia ada lebih mencabar, kata HDB dalam satu kenyataan.



Ini kerana tempat yang sesuai untuk sistem itu perlu dikenal pasti kerana terdapat prasarana lama dan penting lain yang sudah sedia ada di bawah tanah. Aliran air hujan di kawasan itu juga perlu dianalisis.



Lebih mudah melaksanakan penuaian air hujan dalam projek BTO baru kerana prasarana sistem itu boleh dirancang dan direka bentuk awal demi memastikan ia terletak di tempat paling banyak air hujan boleh dikumpulkan, jelas HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >