Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 80% ruang solat Aidilfitri diisi selepas hanya 5 jam tempahan dibuka

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



SEJUMLAH 142,750 daripada 179,400 slot yang ditawarkan bagi sesi pertama dan kedua solat Aidilfitri telah dipenuhi hanya selepas lima jam tempahan dibuka semalam, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Muis berkata meskipun pengguna mengalami sedikit kelewatan semasa menggunakan aplikasi tempahan pada lima minit pertama, namun tiada gangguan besar yang dialami meskipun dengan begitu ramai yang melakukan tempahan ruang solat semalam.



Beberapa jemaah yang dihubungi BH semalam berkata mereka bimbang apabila mengalami gangguan semasa cuba membuat tempahan apabila ia dibuka pada 10 pagi.



Namun, mereka kemudian berjaya mengakses aplikasi Muslim.SG untuk membuat tempahan tersebut selepas sekitar lima hingga 10 minit apabila khidmat itu kembali lancar.



Salah seorang jemaah, Encik Hassan Ahmad, 56 tahun, berkata beliau menanti tepat pada 10 pagi untuk mengakses aplikasi Muslim.sg bagi membuat tempahan.



"Saya sudah jangkakan gangguan sedikit memandangkan ramai yang mahu tempah solat Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat peluang. Saya juga sudah jangkakan sesi pertama mesti popular.



"Rata-rata sistem tempahan ini adalah baik. Alhamdulillah gangguan sikit itu tidak ada masalah bagi saya," ujarnya, yang berjaya mendapat slot sesi pertama di Masjid An-Nur di Marsiling.



Secara keseluruhan, sebanyak 206,000 ruang solat Aidilfitri disediakan tahun ini di 66 masjid setempat. Jemaah perlu membuat tempahan bagi sesi solat pertama pada 7.30 pagi dan kedua pada 8.45 pagi sahaja.



Jemaah yang memilih untuk solat pada sesi ketiga, yang ditawarkan sebilangan masjid, tidak perlu buat tempahan.



Laporan lanjut : Ruang solat Aidilfitri: 7,000 tempahan diterima dalam 5 minit pertama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >