Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 95% penumpang puas hati dengan khidmat teksi, kereta sewa privet: PTC

Namun, kepuasan susut sedikit berbanding 2021
Feb 07, 2023 | 05:30 AM



PARA penumpang secara umum kurang berpuas hati dengan perkhidmatan teksi dan kereta sewa privet (PHC) pada 2022 berbanding 2021, menurut tinjauan tahunan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC).

Tinjauan Kepuasan Pelanggan Khidmat Pengangkutan (PCSS) tempat ke tempat (P2P) 2022 mendapati perkhidmatan P2P mendapat markah kepuasan sebanyak 95.2%, turun daripada 97.5% pada 2021.

Menurut PCSS, perkhidmatan teksi menerima markah purata kepuasan 8.1 (daripada 10), turun daripada 8.5 pada 2021, dengan masa menunggu merupakan aspek paling lemah (7.1), diikuti oleh kemudahan perhentian teksi (7.6).

Aspek terkuat bagi perkhidmatan teksi adalah keselamatan (8.7), diikuti oleh pengetahuan pemandu tentang laluan (8.5).

Aspek lain yang diukur adalah keselesaan perjalanan (8.3), maklumat perkhidmatan (8.0), perkhidmatan pelanggan yang disediakan oleh pemandu (7.9), dan kemudahan tempahan (7.8).

Sementara itu, perkhidmatan PHC mendapat markah 7.9, turun daripada 8.3 pada 2021.

Kelemahannya merupakan masa menunggu (6.9) dan perkhidmatan yang disediakan oleh pemandu (7.7).

Sama seperti teksi, perkhidmatan PHC juga mempunyai kekuatan yang sama - keselamatan (8.5) iaitu markah tertingginya, diikuti oleh pengetahuan pemandu tentang laluan (8.2).

Markah bagi aspek lain termasuk keselesaan perjalanan (8.1), kemudahan tempahan (8.0) dan maklumat perkhidmatan (7.8).

Jika digabungkan, markah kepuasan kedua-dua perkhidmatan pengangkutan P2P merosot kepada 8, turun daripada 8.4 pada 2021.

Secara keseluruhan, keselamatan disenaraikan sebagai aspek paling penting (secara markah purata) untuk perkhidmatan P2P.

Ini diikuti dengan kemudahan tempahan dan maklumat perkhidmatan.

Sama seperti hasil tinjauan daripada tahun-tahun sebelumnya, responden menyatakan bahawa penetapan harga adalah faktor keputusan utama dalam menentukan pilihan perkhidmatan P2P mereka - sama ada ketika menempah teksi atau PHC.

Tinjauan tersebut dijalankan dari 3 hingga 14 Oktober 2022 dan melibatkan 2,701 penumpang teksi dan PHC berumur 15 tahun ke atas.

Mereka terdiri daripada 1,590 individu yang menjawab bagi perkhidmatan teksi dan 1,111 individu yang menjawab bagi perkhidmatan PHC.

Responden tinjauan adalah penumpang yang menaiki teksi atau PHC tiga kali atau lebih dalam seminggu dan telah menggunakan perkhidmatan P2P pada hari yang sama mereka menjawab tinjauan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >