LEBIH 50,000 kanak-kanak dengan keperluan khas dan golongan kurang upaya bakal menerima lebih banyak bantuan bernilai $56 juta daripada pemerintah setahun.
Mulai Oktober, anak-anak warga Singapura yang menyertai Program Bantuan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC) bakal menerima subsidi asas bernilai $500, berbanding $300 kini.