Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak flat BTO di estet tidak matang diketepikan buat pemohon kali pertama

Aug 27, 2022 | 05:43 PM



PEMOHON kali pertama kini mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapatkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet tidak matang, bermula dengan pelancaran penjualan mendatang pada Selasa ini. (30 Ogos)


Sekurang-kurangnya 95 peratus daripada flat empat bilik dan flat BTO lebih besar di estet tersebut akan diketepikan buat keluarga kali pertama, naik daripada 85 peratus, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Sabtu.(27 Ogos)


Kuota peruntukan buat keluarga kali pertama bagi bekalan flat tiga bilik di estet tidak matang juga akan meningkat kepada sekurang-kurangnya 85 peratus, meningkat daripada 70 peratus.


Tiada perubahan pada kuota peruntukan buat bekalan flat BTO di estet matang. Pada masa ini, sekurang-kurangnya 95 peratus flat di estet matang diketepikan kepada keluarga kali pertama.


Selain itu, sehingga 65 peratus flat flexi dua bilik bukan senior di estet tidak matang akan diketepikan bagi pemohon kali pertama golongan bujang, meningkat daripada 50 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >