Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak gym bagi warga tua, orang kurang upaya di estet matang: PM Lee

Sep 09, 2018 | 12:53 PM



Lebih banyak gimnasium bagi golongan tua dan kurang upaya akan dibina di estet-estet Lembaga Perumahan matang, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada hari Sabtu (8 Sept).



Gym pertama serupa itu dijangka dibuka di Kelab Masyarakat (CC) Ang Mo Kio pada pertengahan 2019, kata PM Lee di majlis makan malam bagi warga emas yang aktif CC itu.



Sukan Singapura berkata ia menjangka bilangan CC dengan gym mesra warga tua akan meningkat kepada lima menjelang akhir tahun depan.



Gym itu terbuka kepada semua dan mengenakan bayaran masuk $ 2.50. Mereka berusia 55 tahun ke atas hanya perlu membayar $ 1.50. Mereka diberi masuk percuma setiap Rabu.



Bercakap pada majlis makan malam, PM Lee yangmenerajui GRC Ang Mo Kio GRC berkata estet itu mempunyai lebih ramai warga emas daripada kebanyakan estet lain di Singapura.



Oleh itu, CC menggalakkan penuaan aktif dengan menggalakkan warga tua menyertai  aktiviti seperti aerobik, taiji dan tarian untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental mereka selepas bersara.



Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) juga akan meneliti data yang dikumpul daripada gym bagi lebih memahami keperluan orang tua.



Kajian SUSS juga akan melihat ikatan hubungan antara generasi di gym, yang akan mempunyai gabungan peralatan moden dan peralatan khusus bagi warga tua dan orang kurang upaya.



Profesor Kalyani Mehta, ketua program gerontologi SUSS, berkata warga emas akan menerima kad keahlian dan mengimbasny apada peralatan senaman sebelum menggunakannya.



Ini akan membolehkan mesin mengumpul data latihan pengguna, yang akan digunakan untuk mengesan impak penggunaan gym terhadap pengguna.



Profesor Mehta menambah bahawa sedang keseluruhan kajian itu akan mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk diselesaikan, keputusan awal harus diperolehi selepas setahun. Pelajar Gerontologi di SUSS juga akan terlibat dalam kajian ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >