PAKATAN STRATEGIK SINGAPURA-AUSTRALIA: PENDIDIKAN
Lebih banyak ijazah dua negara akan diiktiraf
May 07, 2016 | 05:30 AM
LEBIH banyak ijazah universiti Australia dan Singapura akan diiktiraf sebagai sebahagian daripada perjanjian yang memperkukuh hubungan kerjasama kededua negara.
Ini termasuk langkah mengiktiraf ijazah Juris Doctor (JD) - iaitu ijazah Doktor Falsafah undang-undang setelah pelajar itu mendapatkan ijazah dalam bidang lain - yang dianugerahkan 10 universiti Australia. Ijazah undang-undang universiti tersebut sudah pun diiktiraf Singapura.