Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak keluarga dapat bantuan Ramadan On Wheels tahun ini

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



RAMADAN On Wheels (ROW) kembali lagi tahun ini, meluaskan jangkauan bantuannya kepada 350 keluarga, daripada 250 tahun lalu.



Pengerusi ROW, Encik Danish Hisham, berkata penambahan itu berikutan bilangan permohonan bantuan meningkat dalam kalangan keluarga lebih muda yang mempunyai anak bersekolah, yang sebahagian besarnya terjejas oleh kesan Covid-19 seperti kehilangan pendapatan.



Selain keluarga berpendapatan rendah, inisiatif anjuran Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) itu menyasarkan membantu warga emas dan golongan kurang upaya berusia 65 tahun dan ke atas.



Pelancaran ROW semalam diadakan di 4PM HuBelia di Bedok Reservoir Road dan dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, selaku tetamu terhormat.



Encik Chan memuji 4PM dan berkata selain membantu golongan memerlukan, persatuan itu membangunkan relawan yang membantu keluarga agar dapat mengelak daripada berada dalam keadaan memerlukan pada masa depan.



Semalam ROW turut melaksana pengagihan pertama bagi warga memerlukan. Pengagihan kedua akan dijalankan pada 15 April.



Setiap keluarga menerima baucar barang dapur bernilai $200 dan hamper makanan bernilai $100.



Ketika ditemui Berita Harian, Encik Danish, 27 tahun, berkata bantuan ROW kini lebih menyeluruh, daripada setakat tertumpu pada pengagihan baucar dan barang makanan.



Bantuan holistik ini turut merangkumi kegiatan mengeratkan hubungan kekeluargaan, sesi mendamping warga emas, serta bengkel yang membolehkan penerima bantuan meraih kemahiran baru seperti celik digital.



"Adalah penting penerima bantuan menghadiri kursus dan bengkel yang kami adakan supaya bantuan yang mereka terima holistik. Di samping baucar dan hamper yang kami agihkan, kegiatan menyumbang hingga kesejahteraan mental mereka adalah sama penting," kata Encik Danish, yang juga naib presiden 4PM.



Beliau menambah bahawa mereka memastikan penerima bantuan didekati secara tetap.



Antara yang telah menghadiri kegiatan anjuran ROW ialah seorang penerima bantuan berusia 52 tahun yang ingin dikenali sebagai Cik Kim sahaja.



Beliau, yang tinggal seorang diri dan tidak bekerja disebabkan masalah fizikal seperti cakera gelincir, berkata beliau suka belajar kemahiran baru, dan kegiatan yang diadakan ROW "menggerakkan minda" orang sepertinya.



Encik Danish juga berkongsi bahawa jumlah relawan ROW meningkat dengan stabil sejak beberapa tahun lalu. Tahun ini, lebih 400 relawan menyingsing lengan menjayakan ROW, yang merupakan inisiatif yang diterajui relawan.



Antara mereka ialah Cik Nurul Ain Abdul Manan, 31 tahun, relawan ROW sejak 2008.



"Yang mendorong saya terus membantu ialah senyuman yang terukir pada wajah penerima bantuan," katanya.



Guru prasekolah itu, yang juga anggota jawatankuasa ROW, berharap dapat mendekati lebih ramai keluarga pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >