Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak kes kebakaran PMD, rumah pada separuh pertama 2023: SCDF

Aug 22, 2023 | 07:48 PM



Jumlah kebakaran alat mobiliti peribadi (PMD) dan basikal menggunakan kuasa (PAB) meningkat dalam tempoh enam bulan pertama 2023, berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Laporan pertengahan tahun Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dikeluarkan pada Selasa, berkata terdapat 27 kebakaran melibatkan 18 PAB dan sembilan PMD. Ini dibandingkan dengan 22 kebakaran yang melibatkan alat sedemikian pada separuh pertama 2022.

SCDF menangani sebanyak 967 kes kebakaran pada separuh pertama 2023 berbanding 918 kebakaran dalam tempoh yang sama pada 2022.

Lebih separuh daripada bilangan itu, atau 493 kes, berlaku di rumah, termasuk perumahan privet dan awam.

SCDF berkata aktiviti memasak adalah punca utama kebakaran di rumah, dengan 205 kes sedemikian.

Terdapat juga peningkatan sebanyak 40.5 peratus dalam kebakaran yang melibatkan barangan, tumbuh-tumbuhan atau kenderaan terbuang pada separuh pertama 2023, daripada tempoh yang sama pada 2022. Terdapat 281 kes sedemikian pada 2023, dan 200 pada 2022.

Sementara itu, jumlah panggilan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) menurun dari Januari hingga Jun 2023 berbanding tempoh yang sama pada 2022. Jumlah panggilan EMS menurun daripada 128,486 kepada 122,269, penurunan 4.8 peratus.

Terdapat 114,056 panggilan kecemasan EMS pada separuh pertama 2023, penurunan 4.7 peratus daripada 119,710 panggilan pada separuh pertama 2022.

Jumlah panggilan EMS bukan kecemasan menurun sebanyak 9.8 peratus – daripada 5,769 pada separuh pertama 2022 kepada 5,203 pada separuh pertama 2023. 

Jumlah panggilan amaran palsu kekal stabil, dengan 3,010 dalam enam bulan pertama 2023 dan 3,007 dalam tempoh yang sama pada tahun 2022.

SCDF memperkenalkan dasar tidak menghantar pada tahun 2023 untuk menampung permintaan perkhidmatan kecemasan.

Dasar tidak menghantar ini bermakna pusat operasi 995 akan menilai semua panggilan kecemasan dan akan menghantar ambulans hanya dalam keadaan kecemasan yang sebenar-benarnya.

Ini berlaku kerana SCDF menjangkakan lebih banyak panggilan EMS kerana penduduk Singapura yang semakin tua. 

Menurut jurucakap SCDF, tiada angka bagi kematian kebakaran, kerana data mengenai kematian dan kecederaan kebakaran biasanya dikeluarkan hanya dalam laporan statistik tahunannya.

Pada Februari, SCDF melaporkan enam kematian kebakaran pada keseluruhan 2022, meningkat daripada empat pada 2021.

Akhbar The Straits Times melaporkan sekurang-kurangnya tiga kematian akibat kebakaran pada separuh pertama 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >