Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak laluan automatik di pusat pemeriksaan masuk ke S'pura bakal disediakan: ICA

104,880,000 pengunjung lepasi imigresen pada 2022, berbanding 5,923,000 pengunjung pada 2021
Feb 18, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak laluan automatik bagi pengunjung yang memasuki Singapura telah diperkenalkan dan bakal ditambah untuk mengendalikan kenaikan bilangan pengunjung yang memasuki Singapura.



Pada 2022, sejumlah 125 laluan automatik telah disediakan di pusat pemeriksaan Singapura.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata ia merancang untuk menyediakan lagi 61 laluan pada 2023.



Menurut ICA, 104,880,000 pengunjung melepasi imigresen pada 2022, berbanding 5,923,000 pengunjung pada 2021.



Di bawah Inisiatif Kelulusan Masuk Automasi (ACI) yang diperkenal pada Mei 2022, pelancong asing yang layak dan memasuki Singapura buat pertama kali dibolehkan menggunakan laluan automatik untuk melalui pelepasan imigresen.



Pengunjung berkenaan perlu menyediakan butiran biometrik mereka yang dilakukan secara automatik ketika menjalani pelepasan imigresen dan tidak perlu melakukan pendaftaran berasingan.



Sehingga hujung 2022, lebih 2.4 juta pengunjung asing telah berdaftar, kata ICA.



Sejak Disember 2022, pengguna kerusi roda dan keluarga merangkumi sehingga empat orang juga dibolehkan menggunakan laluan automatik di beberapa dewan penumpang tertentu di Lapangan Terbang Changi di bawah Laluan Bantuan Khas Automatik (SAL).



Selepas mengimbas pasport mereka di laluan automatik, pelancong berkenaan boleh melepasi imigresen menerusi pengimbasan iris dan wajah mereka yang dilakukan dengan kaedah kamera dan pengimbas biometrik.



Sebelum memperkenal laluan automatik itu pada Disember, pengunjung yang menggunakan kerusi roda dan keluarga perlu melalui imigresen menerusi kaunter yang dikendali pegawai dan memberikan pasport mereka untuk diperiksa sebelum melepasi imigresen.



Selain memperluas penggunaan laluan automatik, ICA juga melaksanakan sepenuhnya proses pendigitalan bagi pelepasan kargo konvensional - iaitu barangan yang dinaikkan ke atas kenderaan tanpa menggunakan kontena.



ICA berkata untuk mengurangkan masa pelepasan kargo, ICA telah memperkenal kaedah pelepasan bebas kertas atau paperless bagi kenderaan kargo biasa di pusat pemeriksaan kargo udara dan pelabuhan.



Pengendali kenderaan hanya perlu menghantar nombor pendaftaran kenderaan mereka serta nombor permit menerusi kaedah khidmat elektronik Kad Ketibaan SG, ICA sebelum kargo mereka tiba di pusat pemeriksaan. Pegawai ICA kemudian akan memadankan butiran itu bagi tujuan pelepasan.



Sebelum ini, pengendali kenderaan kargo perlu menghantar permit fizikal mereka dan dokumen susulan di pusat pemeriksaan agar pegawai ICA dapat memeriksanya secara manual.



Kaedah baru ini telah mengurangkan waktu pelepasan sehingga lebih dua minit bagi setiap kenderaan, kata ICA pada Jumaat.



Selain itu, ICA juga telah memperkenal sijil kelahiran dan kematian digital.



Sejak 29 Mei 2022, ICA telah berhenti daripada mengeluarkan sijil kelahiran dan kematian sebagai satu langkah untuk memudahkan proses pendaftaran kedua-dua sijil itu.



Sijil digital kini mengganti sijil fizikal dan ibu bapa tidak lagi perlu membuat lawatan ke hospital atau bangunan ICA untuk mendapatkan sijil kelahiran fizikal itu.



Pada masa yang sama, waris seorang yang telah meninggal dunia juga menerima sijil kematian digital daripada portal My Legacy selepas kematian itu disahkan oleh seorang pengamal perubatan yang layak.



Mereka tidak perlu lagi membuat pendaftaran bagi kematian itu.



Ini membolehkan keluarga yang baru kehilangan orang tersayang memberi tumpuan kepada hal lain pada tempoh sedih itu, kata ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >