Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: PEJABAT PERDANA MENTERI

Lebih banyak peluang pegawai khidmat awam didedah kepada sektor lain

Mar 03, 2022 | 05:30 AM



PEGAWAI perkhidmatan awam akan mendapat lebih banyak peluang pendedahan kepada sektor lain mulai tahun ini, dengan hingga 40 jam diperuntuk bagi mereka berbuat demikian.



Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, semalam mengumumkan setiap pegawai boleh menggunakan hingga 40 jam setahun bagi menyertai kegiatan pembangunan bersama pertubuhan swasta, sosial dan tidak meraih keuntungan.



Bercakap semasa perbahasan belanjawan Pejabat Perdana Menteri (PMO), beliau berkata peluang itu boleh disediakan oleh Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dan agensi lain, atau dicari sendiri, asalkan kegiatan tersebut bersifat pembangunan dan tidak membawa kepada sebarang konflik kepentingan.



Ini agar pegawai perkhidmatan awam dapat lebih memahami rakan kongsi yang mereka bekerjasama apabila undang-undang dan peraturan dibuat, serta memperkaya perkhidmatan awam dengan idea dan hubungan baru, kata Encik Chan, yang juga Menteri Pendidikan.



Ketika memberi respons kepada pandangan Encik Melvin Yong (Radin Mas) tentang membangunkan kecekapan pegawai awam, Encik Chan berkata perkhidmatan awam berhasrat mempunyai keliangan (keupayaan menyerap) lebih besar antara sektor awam dan luar - sektor swasta dan rakyat.



Encik Yong bertanya tentang rancangan PSD bagi memastikan pegawai perkhidmatan awam hari ini bersedia menyahut cabaran hari esok dan usahanya memastikan daya kerja sepanjang hayat pegawainya.



Encik Chan berkata Program Penempatan Bakat sedia ada akan dilanjutkan kerana lebih banyak peluang akan dicari. Bilangan orang dalam program ini bertambah hampir dua kali ganda tahun lalu, tambahnya.



Program ini membolehkan pegawai awam ditempatkan di pertubuhan di luar perkhidmatan awam agar mereka dapat menjalin hubungan dan membawa balik idea baru.



Beliau berkata perkhidmatan awam juga mahu memastikan pegawainya mendapat peluang ditempatkan di pelbagai agensi walaupun mereka menjalankan fungsi yang sama.



"Ini kerana walaupun dalam bidang fungsi sama, tiada dua agensi melaksana fungsi itu dalam cara yang sama. Dan sudah tentu kita boleh belajar daripada satu sama lain," katanya.



Perkhidmatan awam sentiasa mencari cara lebih baik untuk menggunakan tenaga kerja dan sumber terhadnya, tambah beliau.



Sebagai sebahagian daripada usaha itu, inisiatif perintis Pusat Perkhidmatan Awam Bersepadu, yang kini dikenali sebagai Pusat ServiceSG, akan dilanjutkan.



Pusat perintis di One Tampines Hub kini menawarkan 400 perkhidmatan merentas 19 agensi. Pusat-pusat itu bertujuan menyepadukan dan menyampaikan pelbagai perkhidmatan awam merentas agensi di bawah satu bumbung, seperti bantuan untuk orang yang mencari pekerjaan dan peningkatan kemahiran serta bantuan dengan bil perumahan.



Lebih banyak pusat sedemikian akan ditubuh dalam pusat masyarakat, kata Encik Chan, sambil menambah bahawa dua telah dibuka di Nee Soon Central dan Kampong Chai Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >