Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak peluang sekeluarga nikmati sukan di Hab Sukan

Kemudahan mula dibuka lebih luas bagi masyarakat dengan acara sukan keluarga
Dec 18, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA, belia dan kanak-kanak kini punya lebih banyak peluang menikmati kegiatan sukan dan fizikal di Hab Sukan Singapura, selepas Majlis Sukan Singapura (SportSG) mengambil alih hab itu 9 Disember lLU.



Dengan pengambilalihan itu, yang antara lain bertujuan menjadikan Hab Sukan lebih mudah diakses masyarakat lebih meluas di sini, pintunya dibuka kepada orang ramai semalam dengan acara sukan bertema keluarga FunFam SportFest 2022 - Bond as a Family through Sport yang diadakan buat kali pertama.



Dianjurkan oleh gerakan Active Parents kelolaan ActiveSG, acara khas sempena cuti sekolah ini adalah pengalaman baru bagi pesta sukan yang memaparkan pelbagai kegiatan sukan dan kecergasan, termasuk percubaan menikmati pelbagai jenis sukan, pesta tarian, pertandingan mini sukan dan pelbagai kegiatan lain yang dapat dinikmati seluruh keluarga.



Active Parents turut bekerjasama dengan CoachSG untuk menawarkan program 'My 1st Coach' (Jurulatih Pertama Saya), iaitu sebuah sesi interaktif dan praktikal di mana ibu bapa boleh belajar kemahiran dan pengetahuan berguna, antara lain tentang kesihatan dan kecergasan.



Ia bertujuan memperkasa ibu bapa menyokong keluarga mereka secara menyeluruh pada setiap peringkat hidup mereka.



Gerakan Active Parents turut menyokong Tahun Merai Keluarga 2022 dengan kerjasama Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta Pusat Kebapaan (CFF) dan Bapa Sepanjang Hayat (BSH).



Bercakap di acara tersebut, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, menggalak keluarga menyertai bersama sukan, bukan bagi menuju ke arah pertandingan tetapi juga sebaga kegiatan keluarga.



"Yang lebih penting ialah kita sertai sukan sebagai sebuah keluarga. Sering ibu bapa - baik ibu mahupun bapa - menjadi jurulatih pertama anak," ujarnya.



Acara sukan keluarga di Hab Sukan semalam menarik sekitar 2,300 peserta.



Pengarah Pembangunan Program Kanak-Kanak dan Belia di Kumpulan Pembangunan Sukan SportSG, Cik Diana Seng, berkata ibu bapa merupakan teladan bagi anak mereka dan pempengaruh utama dalam kesihatan dan kesejahteraan anak mereka.



"Adalah penting membantu kanak-kanak membina asas kukuh dari segi kemahiran pergerakan mereka dan mendedahkan mereka kepada pelbagai kegiatan pergerakan untuk mempersiap mereka dengan lebih baik bagi penyertaan sepanjang hayat dalam sukan dan kegiatan fizikal untuk meraih manfaat positif.



"ActiveSG Active Parents adalah sebuah gerakan sosial oleh SportSG untuk mengupaya dan memperkasa ibu bapa supaya memainkan peranan aktif dalam kehidupan dan pengalaman sukan anak mereka," ujar beliau.



Dibentuk pada April 2020, lebih 30,000 ibu bapa telah memulakan pengalaman Active Parents mereka menerusi pelbagai usaha pendekatan dan kegiatan.



Selain FunFam SportFest 2022, terdapat pelbagai acara bertemakan keluarga yang telah dirancang SportSG, yang boleh dijangka pada masa akan datang.



Malah, Hab Sukan juga akan menjadi lokasi pelbagai pertandingan antarabangsa dan nasional serta acara besar yang disertai ramai orang tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >