Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak perusahaan sosial sokong golongan kurang upaya

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



LEBIH banyak perusahaan sosial kini menyokong golongan kurang upaya meskipun berhadapan cabaran, termasuk daripada pelanggan yang dilayan golongan ini.



Pusat pengayaan kanak-kanak, School of Concepts, yang mempunyai dua cawangan, mempunyai 20 kakitangan, termasuk tujuh yang kurang upaya.



Pengasas perusahaan sosial itu, Cik Mint Lim, yang menawarkan program celik huruf bagi kanak-kanak bawah usia 12 tahun, berkata kakitangannya termasuk para individu yang menghadapi masalah pendengaran, penglihatan, autisme atau masalah intelektual.



"Kami interviu mereka dan gajikan mereka berdasarkan kekuatan mereka.



"Selepas setahun latihan, mereka menjadi produktif dan konsisten, dan menyumbang dengan amat baik," kata Cik Lim.



Mereka bersekolah di Persatuan Golongan dengan Keperluan Khas dan berperanan sebagai pelayan tetamu atau bekerja dalam telejualan.



Namun, peranan sedemikian juga menimbulkan isu.



Memberitahu akhbar The Straits Times, Cik Lim memetik satu insiden di sebuah pusat School of Concepts pada 2020.



Seorang ibu dikatakan kurang senang bahawa seorang pembantu bilik darjah telah membenarkan anaknya yang berusia dua tahun menggunakan bilik tandas tanpa memakai kasut, langsung menjerit ke arah seorang wanita muda.



Namun, pembantu bilik darjah itu menghidap masalah percakapan selektif, sejenis masalah cemas di mana seseorang tidak mampu berbual dalam sesetengah situasi sosial.



Ibu tersebut kemudian mengeluarkan anaknya itu dari sekolah tersebut, namun pembantu bilik darjah itu masih terus bekerja di situ.



Angka daripada Pusat Perusahaan Sosial Singapura menunjukkan bahawa jumlah perusahaan sosial yang menyokong mereka yang kurang upaya meningkat daripada 24 peratus pada tahun lalu kepada 25.5 peratus tahun ini.



Kini terdapat 93 perusahaan sosial yang mengambil kerja, melatih atau menghasilkan produk dan khidmat bagi golongan kurang upaya, naik daripada 90 perusahaan tahun lalu.



Pengasas bersama kafe perusahaan sosial, Foreword Coffee, yang dibuka pada 2017, Encik Lim Wei Jie, berkata tujuh cawangannya diuruskan 32 kakitangan.



Staf beliau termasuk 26 kakitangan yang menghadapi masalah pendengaran, autistik atau masalah intelektual atau palsi serebrum (cerebral palsy).



Mereka dirujuk oleh Pergerakan bagi Golongan Kurang Upaya Intelektual Singapura, sebuah agensi perkhidmatan sosial dengan masalah intelektual dan keluarga mereka, dan SPD, sebuah pertubuhan amal, yang membantu mereka yang kurang upaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >