PENDUDUK kawasan timur, khususnya di Pasir Ris dan Tampines, menyuarakan rasa gembira dan lega mendengar pengumuman pembinaan sebuah pusat penjaja baru moden di Taman Bandar Pasir Ris, yang dijadualkan siap dalam masa kurang satu setengah tahun.
Selain menyediakan lebih banyak pilihan makanan yang dimampui, pusat penjaja pertama di kawasan tersebut itu dijangka merangsang nilai hartanah mereka di Pasir Ris, ujar beberapa penduduk.