Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak poliklinik sediakan rawatan bagi pesakit demensia

Jan 30, 2023 | 10:00 PM



INDIVIDU yang menghidapi penyakit demensia serta pengasuh mereka akan mempunyai akses kepada lebih banyak poliklinik di sini yang dapat memberi diagnosis dan punca penyakit tersebut.


Dalam masa akan datang, 16 daripada 23 poliklinik akan menubuhkan sebuah klinik memori yang bertujuan untuk meningkatkan akses diagnosis terhadap penyakit demensia dan pengurusan penjagaan pesakit demensia dalam kalangan masyarakat.


Untuk terus menyokong mereka yang menghidapi demensia, Kementerian Kesihatan (MOH) akan meningkatkan jumlah pasukan jangkauan yang dikenali sebagai Crest, daripada 61 kepada 73 menjelang Mac 2025.


Crest, secara proaktif akan mengenal pasti warga emas yang berisiko mengalami demensia dan merujuk mereka untuk mendapatkan penilaian.


Pada masa yang sama, jumlah pasukan sokongan Crest pasca-diagnostik (PDS) yang membantu pesakit demensia yang baru didiagnos serta ahli keluarga mereka dalam menyesuaikan diri menghadapi penyakit ini, akan meningkat tiga kali ganda kepada enam, di bawah projek perintis.


Pasukan ini akan menghubungkan keluarga dan pengasuh sumber-sumber yang tertentu.


Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Pelan Tindakan Penuaan Berjaya 2023 yang dilancarkan pada Isnin (30 Jan) oleh Jawatankuasa Menteri mengenai Penuaan, di mana Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung adalah pengerusinya.


Dalam ucapannya, Encik Ong berkata anggaran satu dalam 10 orang berumur 60 tahun dan ke atas menghidapi sejenis demensia, dan ia merupakan satu cabaran yang memerlukan perhatian.


“Pencegahan kini kekal sebagai tonggak utama strategi menghadapi penyakit demensia,” ujarnya.


“Satu sebab ialah terdapat bukti bahawa sebahagian daripada kes demensia adalah berkaitan dengan penyakit seperti kencing manis dan obesiti.


“Jika dapat mengatasi isu ini, kita boleh mencegah sebahagian besar demensia daripada berlaku,” tambahnya sambil menambah bahawa strategi kesihatan pencegahan utama Singapura SG Lebih Sihat adalah penting, untuk pencegahan daripada penyakit seperti demensia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >