Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN KESIHATAN

Lebih banyak sokongan akan disediakan bagi jagaan paliatif

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak sokongan akan diberikan untuk penjagaan paliatif, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen pada Jumaat.



Antara inisiatif Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mencapai tujuan itu, lebih ramai penyedia akan dibenarkan membuat tuntuan MediSave untuk pesakit yang menerima rawatan paliatif di rumah.



Pada masa ini, hanya penyedia penjagaan paliatif di rumah yang pakar dalam menyediakan paliatif penjagaan boleh membantu pesakit membuat tuntutan tersebut.



Ini akan diperluaskan untuk turut merangkumi penyedia perubatan dan kejururawatan di rumah yang disokong MOH yang menawarkan penjagaan paliatif asas.



Perubahan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 200 pesakit setiap tahun.



Menjawab soalan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) dan Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong) berkenaan sokongan penjagaan paliatif, Encik Ong berkata:



"Dapatan tinjauan secara konsisten menunjukkan bahawa majoriti besar warga Singapura lebih memilih untuk meninggal dunia di rumah, dalam persekitaran yang mereka kenal, di hadapan orang tersayang, bukannya persekitaran yang tidak dikenali.



"Bagaimanapun, pada masa ini tiga daripada lima kematian masih berlaku di hospital. Kami masih jauh lagi daripada memenuhi hasrat warga Singapura."



Encik Ong menambah bahawa MOH sedang meningkatkan protokol klinikal dalam hospital.



"Kami sedang meningkatkan kemahiran penyedia untuk membangunkan keupayaan penjagaan paliatif umum. Kami sedang mengadakan perbincangan awal dengan pesakit dan orang tersayang mereka mengenai hasrat mereka," katanya.



Encik Ong turut memberitahu Parlimen bahawa Hospital Tan Tock Seng akan bekerjasama dengan Hospis Dover Park dalam satu program rintis untuk membolehkan pesakit menerima penjagaan tepat pada masanya dan lancar tidak mengambil kira sama ada mereka berada dalam persekitaran penjagaan pesakit dalam, hari dan di dalam hospis, bergantung pada keperluan mereka.



Ini akan mengurangkan kemasukan semula ke hospital yang tidak perlu.



Di bawah program rintis ini, MOH akan juga menyediakan satu kadar pembiayaan tergabung untuk memberi kuasa kepada penyedia penjagaan hospis untuk memutuskan persekitaran penjagaan mana yang paling sesuai berdasarkan keperluan pesakit, kata Encik Ong.



Ini berbanding menyediakan formula pembiayaan berbeza bagi setiap persekitaran penjagaan.




"Dapatan tinjauan secara konsisten menunjukkan bahawa majoriti besar warga Singapura lebih memilih untuk meninggal dunia di rumah, dalam persekitaran yang mereka kenal, di hadapan orang tersayang, bukannya persekitaran yang tidak dikenali."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >