Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan bagi kesihatan mental ibu, bakal ibu: Masagos

Jun 07, 2021 | 12:31 PM



SOKONGAN sosial kepada golongan ibu dan bakal ibu perlu dipertingkat bagi memastikan kesejahteraan dan kesihatan mental mereka kerana ia berkait rapat dengan pembelajaran dan pembangunan anak, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad pada Isnin (7 Jun).


Merujuk kepada kajian tempatan Gusto, atau Membesar di Singapura Ke Arah Kesihatan, Encik Masagos berkata kemurungan yang dialami seorang ibu semasa kehamilan menjejas pembangunan struktur mikro otak bayi.



Ini boleh meningkatkan kerentanan, seperti kegelisahan dan gangguan mood, dalam diri anak itu kelak.


Selain kesejahteraan dan kesihatan mental ibu, Encik Masagos berkata dua lagi perkara yang boleh diperbaiki lebih lanjut ialah berat  lahir yang rendah dan kencing manis semasa mengandung (GDM).


“Kita boleh melakukan lebih banyak dalam beberapa bahagian. Pergi ke aliran lebih atas di mana kita boleh. Tumpukan sumber kita pada jalan pembangunan tertentu yang memerlukan perhatian lebih,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Kedua Kesihatan, dalam ucapannya di Perbincangan Temasek Shophouse Ketiga pada Isnin.


Acara dalam talian anjuran Yayasan Temasek dengam kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) itu membincangkan topik 1,000 Hari Pertama - Kesejahteraan Ibu dan Anak. Ia dihadiri hampir 600 peserta dari sektor masyarakat, swasta dan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >