Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak sokongan boleh dijangka bagi pekerja 'gig': Chee Meng

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak sokongan boleh dijangkakan untuk pekerja 'gig' dalam usaha berterusan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) bagi melindungi golongan itu.



Ini sedang NTUC dalam perbincangan untuk melaksanakan sistem pampasan kecederaan di tempat kerja, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Encik Ng menjelaskan bahawa sejauh ini NTUC telah berjaya bekerjasama dengan pemerintah dan syarikat dalam menghasilkan manfaat untuk golongan pekerja 'gig', seperti sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan peserta semasa panel perbincangan dalam persidangan Perspektif Singapura anjuran badan pemikir Institut Pengajian Dasar (IPS) tentang bagaimana NTUC memberi perlindungan lebih baik kepada pekerja gig.



Tahun lalu, pemerintah telah menerima saranan untuk mewajibkan pekerja 'gig' berusia 30 tahun ke bawah untuk membuat sumbangan CPF manakala pekerja lebih berusia diberikan pilihan untuk berbuat demikian.



Memberikan perkembangan terkini tentang usaha dilakukan, Encik Ng menjelaskan:



"Kami fikir kami telah bekerjasama dengan jayanya dengan pemerintah dan syarikat untuk mewajibkan CPF menerusi satu format yang membolehkan kecukupan perancangan keperluan perumahan.



"Kami juga dalam peringkat lanjutan untuk melaksanakan sistem pampasan kecederaan di tempat pekerja agar pekerja 'gig' yang tidak boleh bekerja kerana isu perubatan atau kemalangan. Buat masa ini, jika mereka tidak bekerja, mereka tidak menerima gaji.



"Jadi dalam apa sahaja jenis kesusahan, kita akaan melihat bagaimana untuk memperuntukkan semcam faedah insurans dalam syarikat itu.



"Kededua usaha ini adalah langkah besar dalam usaha kami."



Menurut Encik Ng lagi, langkah jangka panjang yang sedang diusulkan oleh NTUC kepada pemerintah ialah untuk membenarkan penggubalan undang-undang bagi membolehkan golongan pekerja itu mendapat perwakilaan daripada kesatuan.



"Usulan ini akan membolehkan gerakan pekerja menyokong pekerja 'gig', menginstitusikan layanan adil, hubungan pengurusan pekerha yang baik dan melakukan apa yang kami buat dalam CTC, iaitu mencari huraian yang menguntungkan semua pihak bagi kededua pekerj dan syarikat," tambah beliau.



Encik Ng turut menukil dalam ucapan Hari Buruh tahun lalu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah mengenal pasti yang NTUC telah menjadi rakan kerjasama aktif dan berharga, bertindak sebagai penstabil utama dalam ekonomi Singapura dan perpaduan nasional.



Sementara itu, ada peserta yang bertanya jika sudah tiba masanya untuk memperkenalkan insurans pengangguran di Singapura



Menjawab, Encik Ng berpendapat insurans pengangguran yang terbaik atau cara paling mampan ialah pada peringkat makro, Singapura harus kekal berdaya saing.



Dari segi mikro pula, beliau berpandangan kekayaan yang dicipta itu harus dikongsi dengan semua pihak.



"Ini perlu menjadi prinsip yang menjadi asas kepada semua inisiatif yang ada.



"Lantaran itu, memandang ke hadapan, saya rasa dengan jenama Singapura yang baik, dengan institusi kita yang ada dan walaupun dengan tahap keupayaan yang berbeza-beza, kita mempunyai peluang yang baik untuk mengharungi perubahan yang berlaku dan cabaran yang ada - selagi kita mempunyai hubungan pengurusan pekerja yang baik, kepercayaan dan perpaduan yang telah membawa kita sepanjang 60 tahun lalu," tekan Encik Ng.




"Kami fikir kami telah bekerjasama dengan jayanya dengan pemerintah dan syarikat untuk mewajibkan CPF menerusi satu format yang membolehkan kecukupan perancangan keperluan perumahan.



Kami juga dalam peringkat lanjutan untuk melaksanakan sistem pampasan kecederaan di tempat pekerja agar pekerja 'gig' yang tidak boleh bekerja kerana isu perubatan atau kemalangan. Buat masa ini, jika mereka tidak bekerja, mereka tidak menerima gaji.''



- Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >