Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA DENGAN TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF BARU MUIS

'Lebih banyak usaha boleh dilakukan bantu golongan susah, tingkat pendidikan'

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak lagi boleh diusahakan untuk mempertingkat golongan keluarga kurang bernasib baik dan juga dalam aspek pendidikan dalam masyarakat Melayu/Islam, kata Timbalan Ketua Eksekutif yang baru Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen Mohamed.



Beliau, yang menyandang jawatan itu sejak 4 Januari lalu, berharap dapat memanfaatkan pengalamannya berkhidmat sepanjang 26 tahun dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan juga sebagai pengerusi M3@Bedok, untuk membantu masyarakat Melayu/Islam dalam peranan barunya itu.



Sebelum dilantik Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir, 54 tahun, memegang peranan sebagai Pengarah Institut Latihan Perkhidmatan Negara (NSTI) dan juga Komander Hab Khidmat Korporat (Barat) di SCDF.



Pengalamannya berkhidmat dalam institusi latihan itu, di mana beliau menemui ramai rekrut baru, mendedahkan beliau kepada pelbagai isu dalam masyarakat, termasuk cabaran belia dan keluarga.



Sementara itu, tugasnya di M3@Bedok pula membolehkan beliau meneliti isu-isu khusus dalam masyarakat Melayu.



"Beberapa perkara ini bertindih (peranan di institut latihan dan M3@Bedok). Saya melihatnya sebagai satu peralihan semula jadi. Selepas SCDF, tugas di Muis adalah untuk membantu masyarakat Islam. Saya berharap pengalaman menerusi pendedahan di SCDF dan M3 ini dapat dimanfaatkan bagi tugas saya di Muis," kata beliau.



Menyentuh tentang keinginan membantu keluarga kurang bernasib baik, Encik Kadir berkata tumpuan bukan hanya harus diberikan dari segi bantuan kewangan zakat, namun juga dalam pendidikan anak-anak.



Ini penting bagi membangunkan asas yang kukuh dalam keluarga, yang seterusnya akan membantu masyarakat Melayu/Islam berkembang maju dan menjadi lebih cekap dan baik, tambahnya.



Dalam soal pendidikan pula, beliau mahu menggalak dan melihat lebih ramai anak-anak Melayu/Islam melanjutkan pengajian hingga ke menara gading dan memanfaatkan sepenuhnya keupayaan mereka serta peluang yang diberikan.



"Ramai yang mempunyai keupayaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tetapi mereka mungkin tidak mahu melakukannya atau mungkin tidak ada kemampuan untuk melakukannya. Oleh itu, kami perlu membantu mereka.



"Di Muis, kami mendekati setiap aspek dalam masyarakat, dan Islam juga menggalak umatnya untuk menimba ilmu. Oleh itu, saya sedang cuba melihat bagaimana beberapa perkara ini boleh diusahakan seiring dengan apa yang kami sedang lakukan. Namun, buat masa ini, belum ada rancangan khusus," kata beliau.




"Ramai yang mempunyai keupayaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tetapi mereka mungkin tidak mahu melakukannya atau mungkin tidak ada kemampuan untuk melakukannya. Oleh itu, kami perlu membantu mereka. Di Muis, kami mendekati setiap aspek dalam masyarakat, dan Islam juga menggalak umatnya untuk menimba ilmu. Oleh itu, saya sedang cuba melihat bagaimana beberapa perkara ini boleh diusahakan seiring dengan apa yang kami sedang lakukan."
- Timbalan Ketua Eksekutif baru Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >