Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih banyak usaha sedia dilakukan bantu rakyat tangani kos sara hidup

Aug 22, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH bersedia melakukan lebih banyak lagi untuk membantu rakyat Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan pertengahan dan rendah, untuk menangani kos sara hidup yang meningkat di tengah-tengah perang di Ukraine, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Ini termasuk membolehkan pekerja meraih pendapatan lebih tinggi dengan menjadi lebih produktif dan berdaya saing, tambah beliau.



Negara ini juga perlu meneruskan peningkatan dan penyusunan semula ekonomi, memperkukuh usaha transformasi dan menggalak pekerja mempertingkat kemahiran mereka.



Buat masa ini, keluarga berpendapatan pertengahan dan rendah menerima sokongan, termasuk bayaran tunai, rebat U-Save, rebat perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC), baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), dan tokokan MediSave.



Meskipun ini tidak akan meliputi sepenuhnya setiap kenaikan kos, Encik Lee berkata ia akan membantu meringankan beban isi rumah rakyat Singapura.



"Jika situasinya bertambah buruk, kami bersedia melakukan lebih banyak lagi," kata beliau.



Encik Lee berkata realiti asasnya adalah keadaan ekonomi antarabangsa secara dasarnya telah berubah, dan ia bukan hanya mengenai pandemik Covid-19 atau perang di Ukraine.



Meskipun dekad-dekad kebelakangan ini adalah tempoh yang luar biasa - dengan globalisasi rancak, perdagangan antarabangsa tumbuh pesat, ekonomi China berkembang pesat dan mengeskport lebih banyak barang pada harga sangat berdaya saing ke dunia - era itu kini sudah berakhir, kata beliau.



"Pertumbuhan dan eksport China semakin perlahan. Kos mereka semakin meningkat. Beberapa negara telah menaikkan tarif terhadap satu sama lain, terutamanya antara Amerika Syarikat dengan China.



"Negara-negara juga sedang melihat semula rantaian bekalan mereka untuk mengutamakan daya ketahanan dan mampu berdikari...dan syarikat memilih pengeluaran "sekiranya sesuatu berlaku" (just-in-case) dan bukannya "apabila tiba masanya" (just-in-time).



"Semua trend ini meningkatkan kos dan mendorong inflasi di mana-mana, termasuk di Singapura," kata Encik Lee.



Beliau menambah bahawa Singapura tidak ada banyak pengaruh terhadap gambaran inflasi sejagat, namun apa yang ada dalam kuasa negara ini adalah untuk menjadikan dirinya lebih produktif dan berdaya saing.



Dengan itu, Encik Lee berkata pekerja Singapura boleh meraih pendapatan lebih tinggi, dan lebih daripada menebus harga makanan, bahan api dan import lain yang lebih tinggi.



"Dengan cara itu, kita semua boleh menjadi lebih baik, dari segi sebenar.



"Ini memerlukan kita meneruskan peningkatan dan penyusunan semula ekonomi, memperkukuh usaha transformasi kita, menggalak pekerja mempertingkat kemahiran mereka pada setiap peluang, dan sememangnya, itulah yang kami telah lakukan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >