Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Lebih fleksibiliti di sekolah dan ruang warga S'pura buru ijazah

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR akan mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam memilih subjek dan proses kemasukan sekolah di samping menawarkan lebih banyak peluang bagi golongan dewasa yang bekerja untuk belajar sepanjang hayat, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen, semalam.



Perubahan bagi pelajar akan merangkumi sekolah rendah dan menengah, maktab rendah (JC) serta politeknik, kata Encik Chan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya.



Selain meniadakan peperiksaan pertengahan tahun bagi sekolah rendah dan menengah serta meluaskan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Penuh (SBB Penuh) kepada lebih banyak sekolah tahun depan, lebih banyak tempat juga akan ditawarkan bagi pelajar memasuki maktab rendah.



Mulai tahun ini, bilangan tempat Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) bagi pelajar yang tidak menyertai Program Bersepadu akan ditambah daripada 10 peratus kepada 20 peratus bagi kohort maktab rendah setiap tahun.



Ini termasuk Maktab Rendah Anderson Serangoon, Maktab Rendah Eunoia dan Maktab Rendah Victoria.



Kementerian Pendidikan (MOE) juga akan meluaskan Program Asas Politeknik (PFP) dan mengurangkan keperluan gred bagi kemasukan kohort 2024.



Dengan perubahan itu, 200 pelajar dapat menyertai program itu, yang membolehkan pelajar menengah 4 Normal (Akademik) memohon secara langsung ke politeknik bagi tahun asas berbanding mengikuti menengah lima dan peperiksaan GCE peringkat 'O'.



Program itu menerima sekitar 1,500 pemohon setiap tahun.



Di samping itu, MOE juga sedang menyemak program bagi pelajar dewasa di institusi yang dibiayai awam, sambil menekankan perlunya Singapura mempertingkat kemahiran agar lebih bersedia untuk pekerja dalam bidang yang semakin berkembang.



"Sedang kita lebih menuju ke arah bekerja sambil belajar sepanjang hayat, kita harus melihat lebih daripada sekadar jumlah (pelajar) yang memasuki universiti daripada setiap kohort sebelum mereka mula berkerja.



"Sebaliknya, kita harus memberi tumpuan memastikan warga Singapura dapat terus mempertingkatkan kemahiran mereka, mengikut keperluan dan aspirasi masing-masing," ujarnya.



MOE sedang meninjau untuk meluaskan kadar penyertaan kohort (CPR) bagi membolehkan lebih ramai golongan dewasa meraih ijazah sarjana muda universiti sepanjang hayat mereka.



MOE juga akan beralih dengan menggunakan istilah "CPR sepanjang hayat" bagi mencerminkan segmen pelajar dewasa yang kian berkembang.



Buat masa ini, bilangan CPR setiap kohort yang diperuntuk tempat dalam program ijazah sarjana muda yang dibiayai awam, ialah sebanyak 50 peratus - 40 peratus bagi lulusan sekolah dan lagi 10 peratus bagi golongan dewasa yang bekerja.



Institut Pendidikan Tinggi (IHL) perlu berkembang menjadi institut pembelajaran berterusan, tambah Encik Chan, sambil menukil perangkaan yang menunjukkan bilangan pelajar dewasa yang dilatih IHL telah naik lebih dua kali ganda daripada sekitar 165,000 pada 2018 kepada 345,000 pada 2020.



Bilangan itu dijangka akan meningkat dan IHL perlu menyemak program mereka agar dapat memenuhi keperluan, komitmen dan pengalaman pelajar dengan lebih luas, berbeza daripada pelajar lebih muda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >