Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih fleksibiliti, kerjasama lebih kuat dalam perang jenayah di bawah perjanjian ekstradisi baru: SM Teo

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



PERJANJIAN Ekstradisi (ET) yang dimeterai Singapura dan Indonesia bulan lalu akan menyediakan lebih banyak fleksibiliti serta memperkukuh kerjasama dua negara ini dalam usaha memerangi jenayah, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.



Di bawah perjanjian itu, dua negara ini akan membenarkan ekstradisi - penyerahan individu yang dikehendaki kerana jenayah di negara lain - bagi satu senarai kesalahan menyeluruh.



Ini akan dilakukan menurut undang-undang kedua-dua negara dan tertakluk pada perlindungan dan peruntukan di bawah perjanjian itu.



Perjanjian tersebut ditandatangani semasa Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia di Bintan pada 25 Januari.



Di Parlimen semalam, Encik Teo berkata perjanjian terbaru itu sebahagian besarnya serupa dengan perjanjian yang dimeterai pada 2007.



Ia membolehkan langkah mengekstradisi individu yang dikehendaki kerana jenayah sejak 18 tahun lalu, berbanding 15 tahun lalu di bawah perjanjian 2007.



"Perubahan ini dilakukan atas permintaan Indonesia. Kami percaya lanjutan ini akan menyediakan lebih banyak fleksibiliti dalam skop kerjasama antara dua negara ini.



"Faedah ET kepada kededua negara adalah jelas. Ia akan memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan undang-undang dalam melawan jenayah.



"Harapan kami agar ET in juga akan berguna kepada usaha Indonesia sendiri dalam mencegah penjenayah disyaki melarikan diri ke luar negara, dan bagi mereka ditangkap di Indonesia," kata Encik Teo.



Tanpa ET juga Singapura sudah bekerjasama rapat dengan Indonesia untuk mengatasi isu jenayah, ujar Encik Teo lagi.



Perjanjian terbaru itu akan melengkapi kerjasama sedia ada dengan Indonesia di bawah Perjanjian Asean bagi Bantuan Guaman Bersama dalam Ehwal Jenayah serta perjanjian berbilang hala lain.



Perjanjian itu juga menambah kepada aturan ekstradisi Singapura dengan bidang kuasa lain di serata dunia.



"Secara lebih asas, ET itu mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk bekerjasama dengan rakan kerja antarabangsa untuk memerangi jenayah dan menegakkan kedaulatan undang-undang.



"Ini akan membantu meningkatkan peranan Singapura sebagai anggota masyarakat antarabangsa bertanggungjawab dan berkesan, dengan kesan positif terhadap kedudukan dan reputasi baik sedia ada kita sebagai hab kewangan global," ujar Encik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >