Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih mudah sekeluarga keluar beriadah

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



MEMPUNYAI tempat berteduh tanpa jarak selamat untuk berehat sebentar semasa bersenam di taman awam memang sesuatu yang sangat dihargai oleh Encik Senin Amak dan keluarganya.



Beliau, 51 tahun, bersama isteri dan dua anaknya merupakan antara ramai keluarga kelihatan melakukan pelbagai aktiviti di Taman Pantai Changi semalam, pada hari pertama langkah baru diselaras dan dipermudah Covid-19 berkuatkuasa di sini.



Semasa Berita Harian (BH) menjalankan tinjauan di taman itu pagi semalam, ia turut mendapati pekerja sekitaran sedang menurunkan kepungan yang terletak di beberapa kemudahan tertentu seperti pit barbeku, tempat duduk awam dan tempat berteduh.



Pelekat bagi menandakan jarak selamat di kemudahan tersebut juga kelihatan sudah telah dikeluarkan.



Encik Senin, seorang kakitangan awam, kelihatan sedang berehat di sebuah tempat berteduh dekat tempat letak kereta No.3 taman itu bersama anak perempuannya, 10 tahun, semasa menunggu isteri dan anak lelakinya pulang daripada berbasikal di sekeliling taman tersebut.



Sebelum ini, kemudahan seperti itu, termasuk beberapa tempat duduk awam dan pit barbeku tertentu telah dikepung atau mempunyai pelekat tanda pangkah di tempat duduknya bagi mematuhi langkah jarak selamat.



"Dulu bila kita berbasikal atau berjalan-jalan dekat taman susah nak cari tempat duduk.



"Sebab sejak pandemik ini memang ada ramai orang yang berada dekat taman, jadi ia sama ada tempat duduk banyak dah penuh atau kami duduk dekat bawah pokok sahajalah," kata Encik Senin, yang sering merancang untuk berbasikal bersama isteri dan empat anaknya setiap minggu.



Semalam juga merupakan hari kedua cuti sekolah penggal satu yang berlangsung minggu ini.



Oleh itu, apabila beliau memerhatikan tempat berteduh dan tempat duduk sudah tidak lagi dikepung serta langkah jarak selamat sudah dilonggarkan, beliau meluahkan rasa lega.



"Tempat macam ini memang sesuai untuk kami dan cukup luas untuk keluarga. Kami lebih bebas bergaul bersama, menjamu selera atau berteduh daripada hujan atau teriknya matahari." kata Encik Senin.



"Sudah tentu kami menyambut baik langkah ini dan ia sangat senang melihat lebih keluarga memanfaatkan langkah baru ini," kata isteri Encik Senin, Cik Zuliana Md Zaid, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 47 tahun.



Di bawah peraturan terkini, kelonggaran yang telah diperkenal antara lain adalah langkah jarak selamat yang tidak lagi diperlukan di tempat di mana pelitup perlu dipakai.



Namun orang ramai masih perlu mematuhi pemakaian pelitup dan had perhimpunan sehingga lima orang.



Ini memandangkan gelombang Omicron berkemungkinan besar sudah mencapai kemuncaknya, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Jumaat lalu.



Pada Jumaat lalu juga, satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) mengumumkan pit barbeku dan tempat berkhemah yang dikendali Lembaga Taman Negara akan dibuka semula kepada orang ramai mulai Jumaat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >