Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai beli kereta mewah untuk elak cukai

CAR
Feb 23, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA jenama kereta mewah mencatatkan penjualan lebih baik daripada biasa sepanjang hujung minggu lalu setelah pelanggan membeli kereta itu sebelum cukai kereta mewah dikenakan.



Penjualan yang rancak itu jarang mencapai tiga angka bagi jenama kereta yang berharga melebihi $500,000.



Satu jenama yang mencapai keuntungan sedemikian pada 2021 ialah jenama Bentley, dengan 106 keretanya terjual dan seterusnya jenama kereta Rolls-Royce, dengan 90 keretanya terjual.



Tahap yuran pendaftaran tambahan (ARF) baru dikenakan kepada kereta, teksi dan kenderaan barangan dan penumpang dengan nilai pasaran terbuka (OMV) melebihi $80,000.



OMV ialah anggaran kos kenderaan sebelum cukai. Dengan itu OMV yang melebihi $80,000 akan dikenakan ARF 220 peratus daripada jumlah itu. Sebelum ini, bayaran tertinggi ialah 180 peratus untuk bahagian OMV melebihi $50,000.



Berdasarkan maklumat terkini, tiada teksi atau kenderaan barangan dan penumpang yang mempunyai OMV setinggi itu.



Pengenalan ARF yang baru dikenakan pada semua jenis kereta, termasuk kenderaan terpakai yang diimport, kenderaan yang akan didaftarkan dengan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang diperoleh daripada pelaksanaan bidaan kini dan seterusnya.



Sebagai contoh jenama kereta seperti Kia Cerato mempunyai OMV sekitar $12,000. Sebagai perbandingan, Bentley Continental GT Speed pula mempunyai OMV melebihi $294,000. Kereta jenama Kia tidak terjejas oleh pengumuman terkini, dengan ARF yang dikenakan kekal pada 100 peratus OMV, iaitu $12,000, menurut laporan The Straits Times (ST).



Jenama Bentley yang melalui pembidaan COE minggu ini akan menelan kos hampir $86,000 lebih dalam ARF sahaja. Ini menjadikan harga keretanya $982,000 dengan COE sebelum pengumuman.



Jenama kereta mewah mempunyai tahun yang memberangsangkan pada 2021. Penghantaran kereta berjalan lancar pada tahun ini dan seterusnya. Ferrari, sebagai contoh, tidak mempunyai sebarang kereta dalam stok. Masa menunggu untuk menerima kereta yang ditempah menjangkau melebihi satu setengah tahun. Ini juga berlaku dengan banyak jenama lain dalam kategori ini.



Dengan pengumuman itu, pelanggan perlu menanggung bil ARF yang lebih besar apabila kereta yang ditempah khas mereka tiba. Peniaga enggan mengulas sama ada terdapat tempahan yang dibatalkan sejak Jumaat lalu. Kebanyakan berkata mereka tidak menjangka ramai yang akan berundur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >