Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai boleh hadir majlis nikah, sanding jelang 24 April

Mar 24, 2021 | 08:00 PM



MAJLIS perkahwinan akan dapat menerima hingga 250 hadirin secara keseluruhan mulai 24 April, naik daripada 100 kini.



Namun semua tamu, termasuk pengantin perlu menjalani pengujian sebelum acara, dan tetamu perlu dibahagi mengikut zon atau slot masa dengan had 50 tetamu setiap satu.



Sementara majlis melibatkan kurang 100 hadirin tidak memerlukan pengujian sebelum acara.



Demikian diumumkan pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam satu sidang media petang tadi.



Lebih banyak kegiatan akan dibenarkan dijalankan pada skala lebih besar mulai 24 April jika mereka melaksanakan pengujian sebelum acara untuk hadirin.

 



PERSEMBAHAN 'LIVE'



Sementara itu, persembahan secara langsung dan acara perniagaan-ke-perniagaan serta acara sukan yang sedang dirintis pula akan dibenarkan menerima hingga 750 hadirin sekiranya mereka melaksanakan pengujian sebelum acara, atau hingga 250 hadirin jika mereka tidak melaksanakan pengujian.



Bagaimanapun, individu yang telah menerima kedua-dua dos vaksin, dan sekurang-kurangnya dua minggu telah berlalu selepas dos kedua, boleh menghadiri acara yang menghendaki pengujian sebelum acara tanpa perlu melakukan pengujian itu.



PENGEBUMIAN



Lebih ramai orang juga akan dibenarkan menghadiri upacara pengebumian mulai 24 April, naik ke 50 pada satu-satu masa berbanding 30 kini.



Ujian pra acara tidak diperlukan bagi mereka yang menghadiri acara pengebumian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >