Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai dapat manfaat dari penubuhan Pejabat Peguam Bela Awam: DPM Wong

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



SEDANG lebih ramai warga dan penduduk tetap (PR) Singapura berpendapatan rendah yang didakwa atas kesalahan yang tidak membawa kepada hukuman mati akan mendapat lebih akses kepada peguam bela yang dibiayai pemerintah dengan penubuhan Pejabat Peguam Bela Awam (PDO), jabatan baru di bawah Kementerian Undang-Undang (MinLaw) itu juga akan memperkukuh sokongan sosial bagi warga yang lebih mudah terjejas.



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata ini termasuk dengan bekerjasama dengan pejabat khidmat sosial di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta badan masyarakat lain untuk membantu secara menyeluruh pemohon bantuan guaman ini, yang ramai daripada mereka juga mempunyai keperluan kewangan dan sosial jangka panjang yang tidak boleh dipenuhi perwakilan guaman sahaja.



"Kesemua usaha ini akan memastikan pemerintah boleh menyediakan sokongan yang lebih meluas untuk membantu pemohon dan keluarga mereka mengharungi masa sukar," ujarnya.



Dengan pembentukan PDO, bantuan guaman jenayah akan dilanjutkan kepada lebih ramai warga yang memerlukan, dengan bantuan boleh didapatkan mereka daripada isi rumah dengan pendapatan 35 peratus paling rendah kini, berbanding 25 peratus paling rendah sebelumnya.



Lebih banyak kesalahan juga akan disertakan kecuali beberapa kesalahan tertentu.



Mantan Timbalan Pendakwa Raya, Encik Wong Kok Weng, turut dinamakan sebagai Ketua Peguam Bela Awam di majlis pelancaran PDO di Mahkamah Negara semalam.



Sebagai Ketua Peguam Bela Awam, Encik Wong akan melantik dan menugaskan Peguam Bela Awam mewakili tertuduh yang memerlukan khidmat mereka di mahkamah.



Beliau juga akan meluluskan bantuan guaman jenayah bagi warga dan penduduk tetap Singapura yang lulus ujian merit dan ujian pendapatan.



Menerusi satu kenyataan, MinLaw berkata kes yang dinilai sebagai memerlukan perhatian segera, seperti kes reman di mana hukuman yang mungkin dikenakan terhadap pemohon lebih pendek berbanding tempoh reman, atau kes melibatkan individu bawah umur 21 tahun, akan mendapat perwakilan Peguam Bela Awam.



Kes lain yang layak mendapat bantuan guaman akan dikongsi antara PDO dengan Pro Bono SG yang mengendali Skim Bantuan Guaman Jenayah (Clas).



Semasa berucap di majlis pelancaran itu, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, menarik perhatian bahawa pembiayaan merupakan antara keprihatinan Kementerian Kewangan (MOF).



Ini lebih-lebih lagi kerana di beberapa negara lain yang menyediakan bantuan guaman yang dibiayai pemerintah sepenuhnya, pemerintah terpaksa memotong pembiayaan mereka apabila kos melonjak tinggi.



"Berdasarkan pengalaman di negara lain, kami yakin adalah tidak mustahil mewujudkan bantuan guaman yang dibiayai pemerintah di Singapura secara praktikal dan berdaya tahan dari segi fiskal.



"Usaha yang dijalankan ini akan tetap memerlukan lebih banyak pembiayaan daripada pemerintah tetapi saya gembira untuk menyokong sumber tambahan ini, termasuk dalam bentuk dana dan tenaga manusia, kerana saya percaya dana yang dibelanjakan ini adalah bagi tujuan yang baik, penting dan adil," ujar nya.



Pemerintah kini membiayai sekitar 75 peratus daripada kos operasi Clas, dengan baki 25 peratus kosnya mendapat sokongan daripada hasil derma.



Dengan penubuhan PDO yang dibiayai pemerintah kini, Encik Lawrence Wong berkata langkah ini merupakan satu "kemas kini besar" kepada sistem keadilan jenayah Singapura daripada prinsipnya sebelum ini bahawa pemerintah tidak seharusnya berbelanja untuk membela tertuduh kecuali dalam kes yang membawa hukuman mati.



Laporan lanjut: 11 peguam kini berkhidmat sepenuh masa di Pejabat Peguam Bela Awam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >