Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Lebih ramai doktor tawar teleperubatan Pesakit kian selesa dapatkan konsultasi secara maya

Sektor perubatan tidak terkecuali manfaatkan teknologi di tengah-tengah pandemik
Jan 21, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG pandemik ini, penggunaan teknologi bagi pelbagai tujuan telah meningkat dengan pesat, dan sektor perubatan juga tidak terkecuali.



Tinjauan Berita Harian (BH) ke atas beberapa doktor setempat menunjukkan lebih ramai pesakit kini selesa mendapatkan konsultasi menerusi kaedah teleperubatan.



Antara mereka ialah Dr Saiful Nizam Subari, pemilik MyHealth Medical Centre, yang kini merawat sekitar dua atau tiga pesakit melalui panggilan video setiap hari.



"Saya telah memulakan perkhidmatan konsultasi menerusi telefon pada 2013 untuk para pesakit menghubungi saya. Ada juga sebahagian kecil pesakit yang menghubungi saya melalui panggilan video sebelum pandemik Covid-19 ini melanda.



"Namun, sejak pandemik Covid- 19, terdapat peningkatan bagi mereka yang menggunakan khidmat panggilan video ini, mungkin kerana mereka berasa lebih selamat mendapatkan konsultasi perubatan dari rumah," ujar beliau.



Dr Saiful menambah, peningkatan tersebut juga disebabkan oleh adanya lebih banyak platform teleperubatan yang mempunyai kumpulan doktor yang ramai dan berpengalaman luas untuk merawat pelbagai penyakit.



"Ini memudahkan para pesakit mendapatkan rawatan yang diperlukan," kata Dr Saiful lagi, sambil menekankan kaedar tersebut tidak menjejas hubungan rapat antara pesakit dan doktor.



Populariti teleperubatan telah melihat klinik yang menyediakan khidmat tersebut, seperti Doctor Anywhere (DA), berkembang pesat sejak dua tahun lalu.



DA, yang dimulakan pada 2017, membolehkan pesakit 'bertemu' dengan seorang doktor berlesen melalui satu sidang video menggunakan sebuah aplikasi.



Selepas itu, ubat yang diperlukan akan dihantar ke lokasi pesakit dalam masa tiga jam.



Rabu lalu, syarikat penjagaan kesihatan serantau itu melancarkan ibu pejabat barunya di Singapura yang terletak di unit penthouse di mTower, di Alexandra Road.



"Dengan pertumbuhan organisasi kami, DA akan menambah lebih 200 pekerjaan baru sebelum akhir tahun, menggandakan bilangan pekerja di Singapura.



"Ruang baru ini akan terus memupuk semangat kerjasama kami untuk sentiasa menyediakan penjagaan kesihatan kepada para pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," kata CEO dan pengasas DA, Encik Wai Mun Lim.



Jawatan teknikal seperti jurutera, pengurus produk serta ahli pasukan perkhidmatan perubatan seperti doktor, jururawat dan juga pembantu klinik adalah di antara 200 pekerjaan baru tersebut.



DA kini mempunyai lebih daripada 2.5 juta pengguna merentasi Asia Tenggara dan lebih daripada 70 doktor awam Singapura di platformnya.



Kini, DA juga telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membantu pesakit Covid-19 pulih di rumah, selain menawarkan khidmat ujian pantas antigen (ART) yang ditadbirkan sendiri dengan penyeliaan doktor menerusi televideo (Tele-ART) yang baru dilancarkan kelmarin.



Para pengguna Tele-ART akan menerima keputusan ART mereka dalam masa empat jam dan ia sah digunakan untuk ujian praacara dan untuk individu yang pulang menggunakan penerbangan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL).



Dalam pada itu, Dr Saiful menekankan bukan semua pesakit boleh mendapatkan rawatan melalui panggilan video.



"Kadangkala, ia agak sukar untuk memberi diagnosis melalui video kerana kami hanya menggunakan dua deria berbanding dengan lima deria apabila kita merawat pesakit secara fizikal.



"Oleh itu, kemudahan televideo kadangkala terhad kerana cabaran untuk memberikan diagnosis yang tepat," ujarnya.




Sektor perubatan tidak terkecuali manfaatkan teknologi di tengah-tengah pandemik



"Dengan pertumbuhan organisasi kami, DA (Doctor Anywhere) akan menambah lebih 200 pekerjaan baru sebelum akhir tahun, menggandakan bilangan pekerja di Singapura. Ruang baru ini akan terus memupuk semangat kerjasama kami untuk sentiasa menyediakan penjagaan kesihatan kepada para pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja."

- CEO dan pengasas DA, Encik Wai Mun Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >