Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN KESIHATAN

Lebih ramai jururawat asing diperlukan

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA harus bersedia memberikan status penduduk tetap (PR) kepada pekerja penjagaan kesihatan asing demi mengekalkan kumpulan tenaga kerja ini yang mempunyai nilai kritikal kepada negara.



Ini sedang pemerintah meningkatkan pengambilan jururawat asing bagi memenuhi keperluan mendesak tenaga kejururawatan.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, dalam mengulas isu tersebut semasa perbahasan Belanjawan Kementerian Kesihatan (MOH), berkata menambah tenaga kejururawatan merupakan "langkah yang paling penting dan mendesak yang perlu kita ambil".



Sejak beberapa tahun kebelakangan, saingan sejagat bagi pekerja penjagaan kesihatan, terutama jururawat, semakin sengit.



Meskipun bilangan jururawat setempat yang berhenti kerja kekal stabil sepanjang tempoh 2019 hingga 2022, hal serupa tidak boleh dikatakan terhadap jururawat asing.



Kadar jururawat asing yang berhenti kerja meningkat daripada 9.5 peratus pada 2019 kepada 14.5 peratus pada 2022.



"Kehilangan kedua-dua jururawat setempat dan asing kepada negara pesaing kita adalah punca utama tekanan dan beban kerja yang tinggi bagi jururawat kita.



"Kita perlu menggantikan tenaga kerja yang hilang kepada negara lain, menjaga kebajikan jururawat, dan memenuhi keperluan yang semakin meningkat," ujar Cik Rahayu.



Oleh itu, pengambilan jururawat asing akan dipertingkat.



"Kami akan menambah pengambilan jururawat asing... memandangkan begitu ramai telah meninggalkan jawatan mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini," jelas beliau.



Khidmat jururawat asing akan terus diperlukan untuk melengkapkan teras setempat, lebih-lebih lagi dengan masyarakat yang semakin menua serta kurang lulusan muda yang menyertai tenaga kerja kejururawatan, tambahnya.



Semasa perbahasan itu, Encik Louis Ng (GRC Nee Soon) berkongsi bahawa ramai jururawat mengalami burnout atau lelah teramat dek tekanan berpanjangan.



Beliau turut melahirkan kerisauan jururawat baru yang diambil hanya akan menggantikan mereka yang telah meninggalkan industri tersebut, dan ini tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi jururawat kini.



Menjawab soalan Encik Ng, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pandemik Covid-19 memainkan peranan dalam apa yang dilalui jururawat kerana "beban kerja tidak henti-henti".



Encik Ong juga menjelaskan bahawa ramai jururawat asing berhenti kerja semasa pandemik kerana banyak negara lain memerlukan jururawat dan "kita kehilangan jururawat kerana mereka".



"Dari segi tenaga manusia, kita bukan hanya mahu menggantikan (yang sudah berhenti) bahkan perlu menambah.



"Kita perlu menambah bilangan jururawat dan kakitangan penjagaan sokongan sebanyak kira-kira 40 peratus, daripada 49,000 sekarang, kepada 69,000 pada 2030," ujar Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >