Lebih ramai pelajar minat dalam ekonomi digital
IMDA terima lebih 1,000 pemohon bagi biasiswanya
Aug 02, 2019 | 05:30 AM
LEBIH ramai pelajar kini berminat menggarap peluang dalam ekonomi digital, dengan lebih 1,000 yang memohon biasiswa tawaran Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) tahun ini.
Ini merupakan peningkatan 75 peratus berbanding permohonan yang diterima dalam pelbagai biasiswa IMDA tahun lalu, dedah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran semalam.