Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai pesakit Covid-19, kanak-kanak bawah usia 5 tahun yang dijangkiti boleh dibawa pulang bagi pemulihan

Sep 10, 2021 | 05:57 PM



SEBUAH program membolehkan pesakit yang sudah mendapatkan vaksinasi lengkap dengan tanda jangkitan ringan atau tiada tanda jangkitan pulih di rumah akan diperluaskan mulai minggu depan dengan aturan ini menjadi urusan jagaan tersedia buat lebih ramai pesakit.



Ia akan bermula dengan mereka yang lebih muda dan selanjutnya melibatkan individu hingga usia 50 tahun.



Berdasarkan perangkaan yang ada kini, ia melibatkan sekitar setengah kes aktif Covid-19 di Singapura.



Ibu bapa kanak-kanak yang dijangkiti dan berusia lima tahun ke atas akan juga digalakkan untuk membawa anak-anak mereka yang dijangkiti pulang ke rumah bagi pemulihan, jika mereka dinilai layak secara perubatan oleh pihak hospital.



Langkah ini diambil pihak berkuasa menyusuli skim perintis yang berjaya sejak 30 Ogos melibatkan 21 pesakit. Dalam kalangan kumpulan ini, sembilan daripadanya sudah dibenarkan pulang sementara baki yang lain kekal sihat secara klinikal, tambah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 September).



"Melihat pada hasil program perintis yang menggalakkan, kami akan memperluas pemulihan di rumah sebagai protokol pengurusan jagaan yang ditetapkan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap mulai 15 September," jelas MOH.



Skim ini secara progresif akan diperluaskan kepada mereka yang berusia 50 tahun ke bawah yang tiada komorbiditi atau dua atau lebih penyakit serentak mahupun penyakit yang terselindung.



"Ini adalah kerana individu ini khususnya baik tanpa ada tanda jangkitan atau mempunyai tanda ringan dan berupaya menjaga diri mereka sendiri di rumah," kata MOH.



"Sejurus diberitahu tentang keputusan ujian Covid-19 mereka yang positif, individu ini harus segera mengasingkan diri di rumah," tambahnya.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu sidang akhbar pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 pada Jumaat (10 September) berkata perihal utama membawa pada pemulihan di rumah amat penting kerana ini memperuntukkan katil hospital buat mereka yang memerlukan perhatian perubatan.



Sedang beliau mengharapkan agar lebih banyak masa dapat dimanfaatkan bagi memperluas program perintis pemulihan di rumah ini sebelum mengorak langkah lebih besar, Encik Ong berkata, tiada masa untuk melakukannya sebelum ini dengan pelaksanaan akan dibuat dalam masa beberapa hari mendatang.



Ini adalah kerana minggu-minggu mendatang akan menjadi tempoh kritikal di mana jangkitan yang bertambah mungkin membawa pada lebih banyak permintaan buat katil hospital dan unit jagaan rapi, jelas MOH.



Dianggarkan Singapura akan tidak lama lagi melaporkan lebih 1,000 kes harian, melihat pada ujian trajektori dan yang dipertingkat.



"Hari ini, sebilangan besar pesakit yang dijangkiti berada di hospital bagi pemantauan (dan) kebanyakan daripada mereka dibenarkan pulang ," tambah Encik Ong.



Bagi melayakkan diri dalam skim ini, seseorang yang mendapatkan vaksinasi penuh harus mempunyai suasana rumah yang sesuai di mana dia boleh diasingkan daripada anggota lain dalam isi rumahnya.



Ini termasuk mempunyai bilik dengan tandas. Anggota isi rumahnya juga harus sudah divaksinasi penuh dan tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mudah terdedah pada jangkitan seperti warga senja atau yang mempunyai sistem imun lemah.



Individu ini akan dilengkapi dengan pek jagaan bagi memantau tanda jangkitan serta diberi akses sokongan teleperubatan 24/7 bagi sebarang bantuan perubatan.



Mengenai isu pesakit Covid-19 lebih muda, MOH berkata kian ramai ibu bapa telah meminta agar dapat membawa pulang anak-anak mereka yang dijangkiti kerana kebanyakannya tidak menampakkan tanda jangkitan.



"Kami berhati-hati dalam menerima masuk pesakit kanak-kanak ke hospital bagi menyediakan mereka dengan penjagaan perubatan khusus. Bagaimanapun, kami kini membenarkan dan menggalak pesakit agar membawa anak-anak yang dijangkiti pulang jika mereka berusia sekurang-kurangnya lima tahun dan tidak mempunyai beberapa penyakit serentak atau penyakit yang tersembunyi," katanya.



Kanak-kanak ini akan dinilai dahulu oleh hospital. Jika mereka didapati cergas secara klinikal untuk dibawa pulang bagi pemulihan di rumah, mereka akan dibenarkan berbuat demikian.



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >