Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Lebih ramai pihak berkepentingan perlu main peranan dalam masyarakat: Rahayu

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN pemerintah mampu membantu menyediakan struktur bagi beberapa bidang peluang dan usaha utama, namun begitu, bekalan sumber yang boleh dikerahkan masih tidak mencukupi.



Lantaran itu, terdapat keperluan bagi pihak berkepentingan untuk bertindak untuk mengisi kekosongan ini, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, ketika berucap di Parlimen pada Khamis.



Dalam menyeru lebih ramai pihak berkepentingan untuk memainkan peranan dalam masyarakat, Cik Rahayu juga telah mengusulkan agar perhatian diberikan dalam membina keupayaan dan kemahiran sukarelawan serta memupuk budaya tanggungjawab sosial dan semangat kemasyarakatan yang sihat dalam semua aspek kehidupan rakyat Singapura.



Semasa berucap di Parlimen pada 10 April lalu, Presiden Halimah Yacob telah menggariskan beberapa keutamaan pemerintah bagi baki tempoh pemerintahan ini, antaranya termasuk memerlukan warga Singapura memperkukuhkan tanggungjawab bersama bagi membentuk kompak sosial.



Menyentuh tentang keutamaan ini, Cik Rahayu dalam ucapannya pada hari keempat perbahasan susulan Ucapan Presiden, berkata:



"Tentunya, sebagai sebuah masyarakat, kita perlu menghayati peranan penting yang kita mainkan secara individu mahupun kolektif bagi membina sebuah masyarakat yang kita inginkan.



"Sepanjang saya berkhidmat di Bukit Batok East, saya telah melihat ramai penduduk, mereka yang berada dalam masyarakat, melakukan perkara ini."



Memandangkan lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk membantu melaksanakan program kebangsaan, seperti usaha yang dijalankan di bawah ComLink, atau M Kuasa Tiga (M3), Cik Rahayu menegaskan bahawa sukarelawan hari ini perlu mempelajari kemahiran baru kerana mereka mempunyai peranan yang lebih tinggi.



Justeru, beliau mengusulkan agar perhatian diberikan bagi membina keupayaan sukarelawan dan budaya tanggungjawab sosial yang sihat.



"Secara khusus, saya rasa, kita perlu fikirkan strategi masyarakat kita dalam kita membincangkan tanggungjawab bersama, atau 'collective responsibility'.



"Saya tahu ramai antara kita yang amat peduli dengan kemaslahatan masyarakat kita dan punya idea sendiri bagaimana untuk menjalankan program tertentu. Ini sesuatu yang boleh kita banggakan.



"Tetapi saya ingin mengajak para sukarelawan untuk fikir sejenak tentang keberkesanan usaha yang dijalankan. Apakah keperluan kumpulan sasar anda dan apa yang boleh dilakukan untuk membuat perubahan yang lebih mendalam.



"Kita tidak perlu sentiasa mengadakan program baru tetapi mungkin dapat bekerjasama dalam usaha program yang sedia ada agar kita dapat menguatkan lagi program tersebut sekiranya ia berkesan.



"Kita juga harus beralih kepada program jangka masa panjang yang dapat benar-benar membantu keluarga atau belia yang disasar, untuk merubah kehidupan mereka," ujarnya.




"Secara khusus, saya rasa, kita perlu fikirkan strategi masyarakat kita dalam kita membincangkan tanggungjawab bersama, atau 'collective responsibility'.



Saya tahu ramai antara kita yang amat peduli dengan kemaslahatan masyarakat kita dan punya idea sendiri bagaimana untuk menjalankan program tertentu. Ini sesuatu yang boleh kita banggakan."



- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >