Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai wanita kembali bekerja susulan aturan kerja lebih fleksibel

May 13, 2023 | 05:04 PM



DENGAN lebih banyak aturan kerja fleksibel (FWA) yang ditawarkan majikan hari ini, lebih ramai wanita yang sebelum ini perlu berhenti bekerja atas sebab-sebab seperti penjagaan anak kini kembali aktif dalam ekonomi.



Aturan kerja fleksibel itu bersama usaha lain seperti pelbagai program dan inisiatif untuk menyokong kaum Hawa kembali bekerja antara lain telah menyumbang kepada kenaikan kadar pengambilan kerja bagi wanita berusia 25 hingga 64 tahun, daripada 73 peratus pada 2020 kepada 76 peratus pada 2022, menurut data Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Ini meskipun pandemik Covid-19 melanda pada tahun-tahun tersebut. 



Sementara itu, pengarah U Wanita dan Keluarga Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, berkongsi dengan Berita Minggu (BM) bahawa pihaknya telah menyaksikan trend yang meningkat dalam jumlah wanita yang menyertai inisiatif untuk membantu wanita yang ingin kembali bekerja. Ini termasuk bengkel persediaan sebelum pekerjaan yang menyeluruh, webinar dan pameran kerjaya untuk melatih dan menempatkan wanita dalam pekerjaan oleh U Wanita dan Keluarga NTUC, Hab Pembelajaran NTUC dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).



“Terdapat sekitar 260,000 wanita berusia 25 hingga 64 tahun yang tidak bekerja, di mana ramai yang telah mengambil cuti kerjaya untuk menjaga keluarga mereka.



Sedang kos sara hidup terus meningkat, ramai yang mempertimbang untuk kembali bekerja demi memastikan kestabilan kewangan untuk keluarga mereka.



“Ada juga yang memilih kembali ke alam pekerjaan untuk belajar kemahiran baru, memenuhi aspirasi kerjaya, dan mengisi masa mereka selepas anak-anak telah melepasi zaman persekolahan,” kata Cik Yeo.



Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada Mac 2023, berkata amalan FWA yang lebih luas, ketersediaan program dan inisiatif yang membantu wanita yang ingin kembali bekerja serta peranan penting rakan masyarakat yang menyokong wanita di tempat kerja, telah menyumbang kepada kenaikan dalam kadar pengambilan kerja untuk wanita yang berusia 25 hingga 64 tahun.



Antaranya, jurucakap Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) berkata lebih 83,000 wanita berjaya ditempatkan dalam pekerjaan antara 2020 dengan 2022 melalui program dan khidmat yang disediakan mereka dan e2i.



Hampir separuh daripada wanita tersebut tidak bekerja sebelum ditempatkan dalam pekerjaan.



Lima industri teratas yang disertai wanita itu ialah khidmat makanan, khidmat profesional, khidmat kewangan, perdagangan borong dan teknologi infokom serta media. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >