Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih sejuta pek habuan NDP diagih

Aug 02, 2020 | 04:37 PM



LEBIH sejuta pek berisi habuan Hari Kebangsaan telah diagihkan sehingga tarikh tutupnya hari ini, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Beliau juga diberitahu penduduk bahawa kandungan pek tersebut praktikal dan bermakna, kerana ia mengandungi pelitup muka, termometer dan sanitiser tangan, tulisnya menerusi satu pos di Facebook hari ini.



Encik Heng telah menyertai sukarelawan Persatuan Rakyat (PA) pagi tadi di Kelab Masyarakat Bedok untuk mengagihkan pek tersebut.



“Pada 9 Ogos nanti, saya harap warga Singapura dapat melambaikan bendera mereka dengan bangga, renungkan saat ini, dan bersama-sama membina Singapura yang lebih kukuh,” tulisnya.



Habuan tahun ini, yang digelar Pek Singapura Bersama, menampilkan lukisan pelajar Darjah Lima dan artis berkeperluan khas.



“Nama pek ini mengingatkan warga Singapura untuk bersama-sama membina masa depan yang lebih kukuh sebagai masyarakat yang bersatu,” kata Encik Heng.



Pek tersebut mula diagihkan kepada penerima yang layak sejak 20 Julai di semua kelab masyarakat dan pusat Jawatankuasa Penduduk (RC).



Setiap isi keluarga dibenar mengambil satu beg Singapura Bersama itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >