Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh ibu bapa atau pelajar yang terima SMS daftar bagi vaksinasi tempah slot

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



LEBIH separuh daripada 52,000 ibu bapa atau pelajar yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendaftar bagi vaksinasi Covid-19 telah menempah slot mereka sehingga 7 malam kelmarin, kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Mesej tersebut dihantar untuk mengundang pelajar yang akan menduduki peperiksaan peringkat 'O', 'N' dan 'A' atau kelayakan setaraf tahun ini untuk mendaftar bagi vaksinasi.



"Vaksinasi bagi pelajar di sekolah dan institut pengajian tinggi adalah sebahagian usaha nasional lebih besar untuk memastikan institusi pendidikan dan masyarakat luas selamat," kata MOE dalam laporan The Straits Times (ST).



"Semua individu yang layak dari segi perubatan digalak mendapatkan vaksin apabila vaksinasi ditawarkan kepada mereka," tambah kementerian itu.



Pihak berkuasa telah mengumumkan baru-baru ini bahawa pelajar berusia 12 tahun ke atas merupakan golongan seterusnya yang boleh mendapatkan vaksinasi, dan boleh mula membuat tempahan bagi janji temu vaksinasi Covid-19 mulai kelmarin.



SMS akan dihantar kepada pelajar berusia 18 tahun ke atas, dan ibu bapa kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.



Langkah untuk memberikan vaksin kepada lebih 400,000 pelajar di sekolah dan institut pengajian tinggi, termasuk universiti berautonomi, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dilakukan di tengah-tengah jumlah kes jangkitan lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak dalam penularan Covid-19 baru-baru ini.



Buat masa ini, vaksin Pfizer-BioNTech merupakan satu-satunya vaksin Covid-19 yang telah diberikan kelulusan bagi penggunaan untuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Singapura.



Mereka berusia 18 tahun ke atas boleh memilih vaksin Pfizer atau Moderna.



Keutamaan akan diberikan kepada sekitar 56,000 pelajar aliran utama yang akan menduduki peperiksaan GCE peringkat N, O dan A serta kelayakan serupa seperti diploma International Baccalaureate (IB) dalam separuh kedua tahun ini.



Ini memberikan kumpulan ini fleksibiliti tambahan dalam membuat jadual janji temu vaksinasi, umum MOE sebelum ini.



Undangan yang sama juga akan dilanjutkan kepada kumpulan pelajar sepenuh masa lain termasuk sekolah yang dibiayai secara peribadi, madrasah dan sekolah berpendidikan khas (Sped).



Beberapa pelajar didapati positif Covid-19 sepanjang bulan lalu, menyebabkan beberapa sekolah beralih ke pembelajaran di rumah (HBL) sebelum 16 Mei lalu, apabila sekatan dipertingkat dikenakan terhadap seluruh negara bagi mengekang penularan virus itu.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya kepada rakyat yang disiarkan secara langsung baru-baru ini berkata:



"Kanak-kanak ini tidak mengalami sakit yang serius, sudah semestinya ibu bapa berasa bimbang.



"Oleh itu, kami akan mengambil kesempatan cuti sekolah Jun ini untuk memberikan vaksin kepada para pelajar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >