WANITA, termasuk Muslim, mungkin tidak lama lagi dapat mengambil tindakan mahkamah lebih mudah terhadap bekas suami yang tidak membayar mereka nafkah.
Ini kerana Jawatankuasa bagi Keadilan Keluarga akan membincangkan cara memberi lebih banyak taring kepada tindakan penguatkuasaan terhadap bekas suami sedemikian agar ia lebih berkesan.